KUALA LUMPUR:Biarpun dua kali melalui ujian saringan RT-PCR, yang mana kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif daripada virus COVID-19, rasa tidak sedap hati seorang wanita mendorong beliau mencari RTK-Antibodi di pasaran.
Keputusannya, ujian serologi terhadap sampel darah itu menunjukkan terdapat perubahan kepada antibodi dirinya dan anak perempuannya, yang membawa maksud ada tindak balas terhadap kehadiran virus berkenaan.
Dr Sri Azra Attan, 43, menjelaskan tindakannya itu diambil selepas pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) didakwa terkhilaf kerana memaklumkan suaminya Muhammad Ghazali Abdul Aziz, 44, disahkan negatif COVID-19, sedangkan keputusan sebenar ialah positif.
“Suami saya sebenarnya telah dijangkiti ketika berada di Wad Hospital Serdang. Suami saya tak mampu bergerak dari katil pun. Adakah kakitangan KKM tidak mengamalkan SOP yang betul ketika merawat suami saya?
“Kecuaian pihak KKM ketika memaklumkan keputusan RTK-PCR kepada suami saya. Kami dimaklumkan suami saya negatif, walhal yang sebenarnya suami saya positif COVID-19. KKM juga telah mengarahkan suami saya yang positif untuk balik ke rumah. Sudahnya kami di rumah pula yang terdedah kepada wabak COVID-19.
“Kami juga sudah melakukan ujian RTK-Antibodi. Terbukti saya dan Mia pula didapati positif ketika tempoh kuarantin. Kerana kesilapan KKM, mereka telah membahayakan nyawa kami sekeluarga,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya hari ini.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan sebagai berkata, ujian RTK-Antibody tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras jangkitan COVID-19 dalam tubuh badan seseorang individu.
Jelasnya lagi, kehadiran antibodi yang dikesan ujian serologi tidak mampu mengesahkan jangkitan aktif COVID-19, manakala keputusan negatif ujian berkenaan tidak bermaksud individu berkenaan benar-benar bebas daripada virus tersebut.
Namun, beliau berkata, penggunaan RTK-Antibody boleh dilakukan sebagai pengesanan jangkitan COVID-19 dalam sesebuah komuniti, termasuk kumpulan sasaran tertentu.
Dan ini, jelasnya lagi, adalah selari dengan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa ujian RTK-Antibody boleh digunakan dalam kajian epidemiologi.
Muhammad Ghazali, ketika dihubungi Astro AWANI menceritakan kronologi peristiwa berkenaan, bermula tarikh beliau dimasukkan ke Hospital Serdang pada 7 Disember, 2020 akibat jangkitan nanah pada bahagian pinggul.
“Setelah dua hari dimasukkan ke wad, terdapat kes COVID-19 yang berlaku di wad berkenaan dan ianya telah di "lockdown", jadi saya dan pesakit tidak boleh ke mana-mana untuk mengelakkan daripada menjangkiti orang lain. Saya kemudiannya diarahkan untuk menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada 10 Disember.
"Lama kelamaan jumlah pesakit dalam wad berkenaan telah berkurang kerana keputusan swab mereka adalah negatif dan dibenarkan pulang untuk menjalani kuarantin di rumah. Ujian swab kedua ke atas saya dibuat pada 17 Disember dan sejurus selepas itu dibenarkan pulang bagi menjalani kuarantin di rumah pula.,” katanya lagi.
Sebelum pulang, Muhammad Ghazali berkata, pihak KKM memaklumkan sekiranya tiada panggilan berkenaan keputusan ujian saringan kedua, maka boleh datang terus ke Hospital Serdang untuk memotong gelang merah jambu di tangannya.
Sehingga 22 Disember dari tarikh dibenarkan pulang, Muhammad Ghazali berkata, tiada sebarang panggilan telefon diterima dan beliau terus pergi untuk menyelesaikan urusan berkenaan.
“Bagaimanapun, keesokan harinya (23 Disember) saya terima panggilan mengatakan berlaku kesilapan pada nama dan saya sebenarnya disahkan positif COVID-19. Saya dimaklumkan oleh doktor yang hendak membuat ‘follow up’ mengenai penyakit awal saya,” jelas beliau lagi.
Muhammad Ghazali berkata, sewaktu mendapatkan penjelasan tentang prosedur pemotongan gelang merah jambu itu walaupun dirinya positif, beliau dimaklumkan terdapat kesilapan berlaku ketika saringan maklumat dan individu lain yang mempunyai nama sama sebenarnya disahkan positif.
“Walaupun dimaklumkan berlaku kesilapan pada nama, saya agak skeptikal, sebab saya duduk di hadapannya (petugas yang memotong gelang itu). Surat yang saya bawa semua ada maklumat terperinci.. nama, nombor kad pengenalan dan sebagainya.
“Saya nampak dia salin ke satu lagi surat (surat pelepasan), lepas tu dia gunting gelang di pergelangan tangan saya. Saya tak nampak yang dia check betul-betul,” katanya lagi.
Pada keesokan harinya (24 Disember), Muhammad Ghazali menerima panggilan memaklumkan beliau akan dibawa ke Hospital Sungai Buloh menggunakan van KKM, untuk lawatan lanjut.
“Masa dia ambil pukul 9 malam menggunakan van, ada beberapa kawasan lagi lagi dia ambil orang. Apabila kami tanya kenapa bawa laju, pemandu berkenaan menjawab perlu kejar trip, kerana ada bas menunggu pada pukul 10 malam untuk ke Sungai Buloh.
“Sampai di dewan di Kajang, bas tak ada, tetapi pukul 12 malam baru bas tiba. Lebih kurang pukul 1 pagi baru kami bergerak ke Hospital Sungai Buloh,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Azra melalui catatannya menegaskan, beliau dan anak perempuannya telah dijangkiti virus berkenaan kerana kekhilafan di peringkat KKM sedangkan perkara itu boleh dielakkan.
Ujarnya lagi, beliau akan membangkitkan perkara ini dalam pertemuan yang telah diaturkan dengan pihak KKM bagi mendapatkan penjelasan lanjut, terutamanya mengenai kesilapan yang membahayakan dirinya dan keluarga.
“Kita berbincang di saluran yang betul. Semoga yang senasib dengan saya, tak perlu memaki hamun dan menyumpah seranah KKM.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya faham, KKM sedang menggalas tugas yang sangat berat sekarang. Tetapi, memahami tak bermaksud berdiam diri dan menerima sahaja penindasan terhadap kita. Kita berhak untuk mendapat layanan dan perhatian yang sewajarnya dari pihak KKM,” katanya lagi.
Sebagai menghormati kebebasan maklumat, serta pemberitaan yang adil, Astro AWANI akan berusaha mendapatkan penjelasan pihak Kementerian Kesihatan bagi memastikan isu ini ditangani sebaik mungkin.
Firdaus Azil
Sun Jan 17 2021

KKM didakwa terkhilaf kerana memaklumkan Muhammad Ghazali Abdul Aziz, 44, negatif COVID-19, sedangkan keputusan sebenar adalah sebaliknya. - Gambar fail

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.

Lebih 20,000 murid sekolah terima tajaan makan tengah hari - Bernas
Lebih 20,000 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan daripada 97 sekolah menerima bantuan berbentuk tajaan makan tengah hari seimbang menerusi Promak sejak Januari 2022.

KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap pada 2025 - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan akan mengambil 3,228 jururawat pada 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan tempatan untuk mengisi jawatan tetap.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan lepasan SPM dilonggar kepada tiga kredit
Syarat kemasukan ke program Diploma Kejururawatan bagi lepasan SPM dilonggarkan kepada hanya tiga kredit berkuat kuasa Januari lalu hingga Disember 2026.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.