KUALA LUMPUR: Seorang kerani wanita sebuah syarikat agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan mencederakan pembantu rumah warga Indonesia menggunakan seterika dan air panas bermula Mac tahun lalu.
Loke Chee Hui, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap seorang wanita, Indrawati, 39, di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, Brickfields pada 3 Mac 2022 hingga 23 April lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebat atau mana- mana dua daripada hukuman itu, jika disabitkan kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal tidak menawarkan sebarang jaminan kerana pertuduhan itu termasuk kesalahan yang tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Varghese Onny memohon jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya mempunyai empat anak berusia dua hingga 15 tahun.
Atiqah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Dalam pada itu, dia dan suaminya, berdepan satu lagi pertuduhan, di Mahkamah Sesyen di sini iaitu mengeksploitasi pengabdian terhadap mangsa sama.
Chee Hui dan suaminya, penyelia syarikat swasta, Lum Kah Wai, 44, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, mereka dituduh bersama-sama melakukan kesalahan itu terhadap Indrawati yang bukan kanak-kanak dengan menggunakan kekerasan, di lokasi dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 Akta Antipermerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah tidak menawarkan jaminan kerana pertuduhan itu termasuk dalam kes tidak dijamin.
"Saya membantah sekiranya tertuduh diberi ikat jamin namun menyerahkan budi bicara mahkamah sekiranya mahu menawarkan jaminan," katanya.
Sementara itu, Varghese memohon dua anak guamnya itu diberi jaminan pada kadar yang munasabah.
"Mereka tidak mempunyai risiko untuk melarikan dan mereka tidak akan menggugat mana-mana saksi," katanya.
Azura Alwi kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis terdekat setiap dua bulan.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 6 Jun untuk sebutan semula kes.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, seorang pembantu rumah warga asing cedera disyaki didera majikannya di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, di sini baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, wanita itu mengalami kecederaan serius iaitu melecur hampir seluruh badan dan lebam di kedua-dua belah mata serta muka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 05 2023
Loke Chee Hui (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi pertuduhan kes mengeksploitasi pengabdian pembantu rumahnya, bermula Mac tahun lalu. - Foto BERNAMA
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Banyak gencatan senjata yang dilanggar dalam konflik ini menunjukkan kemungkinan berlaku pelanggaran.
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
AWANI Ringkas: Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 17 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 Januari 2025
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
1️⃣ Lelaki warga Hong Kong ditahan, kokain RM8 juta dirampas
2️⃣ Bahan lucah kanak-kanak
3️⃣ Dua nelayan hilang di perairan Pulau Undan
#awaniringkas
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MIDF unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada 4.6 peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan perbelanjaan dan pelaburan domestik di samping pengembangan berterusan dalam perdagangan luar.
Dialog Poket Rakyat : Mencari Golongan Miskin Dan Kelas Pertengahan
Apakah strategi dan pendekatan baharu memperkasa kelas pertengahan yang masih tertedah kepada risiko ekonomi? Bagaimana perancangan pengagihan sumber dapat dilakukan yang lebih berkesan? Ikuti diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Rakyat Palestin sedia dihantar pulang
Kerajaan Gaza pada Khamis menyatakan ia sedang bersiap sedia untuk mengumumkan rancangan bagi mempermudah kepulangan penduduk yang dipindahkan dari bahagian tengah dan selatan Semenanjung Gaza ke kediaman mereka di bandar raya Gaza dan kawasan utara wilayah itu.
Waktu bekerja berlainan masih di peringkat cadangan
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia memberi tumpuan kepada isu sumber manusia, peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta agihan petugas kesihatan yang tidak seimbang.
Kerani didakwa cederakan amah guna seterika, air panas
Loke didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Hujan Emas 3, Brickfields antara 3 Mac 2022 dan 23 April lalu.
Amah mangsa dera di Hong Kong menang pampasan RM476,000
Amah tersebut didera selama dua tahun dan diberikan layanan buruk oleh majikannya dan rahsia itu terbongkar selepas dia mendapatkan perlindungan konsular.
Rogol pembantu rumah: Tindakan diputuskan selepas siasatan polis selesai - Faizal
Ahmad Faizal berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah berkenaan.