GEORGE TOWN: Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera yang menjadi antara mercu tanda Pulau Pinang, bakal meraikan sambutan ke-100 tahun tidak lama lagi dan kejayaannya membawa lebih 47 juta pengunjung sepanjang tempoh tersebut.
Pembukaan funikular Bukit Bendera pada 21 Oktober 1923, bukan sahaja memudahkan orang ramai khususnya pekerja dan penduduk setempat bergerak, malah kereta api ikonik itu telah membawa jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara ke puncak Bukit Bendera, antara destinasi pelancongan popular di negeri ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata perkhidmatan kereta api itu telah membawa 1.48 juta pengunjung pada tahun ini dan koc kereta api yang digunakan kini adalah generasi ketiga yang telah melakukan lebih daripada 275,000 perjalanan dengan jarak lebih 550,000 kilometer (km) sejak seabad lepas.
"Walaupun koc funikular telah berubah secara fizikal dari generasi pertama kepada generasi ketiga, tetapi warisan sejarah dan nilai sosioekonomi serta kepentingannya masih kekal, sesuai dengan statusnya sebagai antara ikon sejarah Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sempena meraikan sambutan itu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) membalut kedua-dua koc funikular generasi ketiga tersebut dengan pelekat logo sambutan berserta slogan '100 Tahun Transformasi' dan grafik.
Chow yang juga Pengerusi PBBPP berkata tindakan membalut koc funikular dengan mesej sambutan ke-100 tahun itu, bagi menarik minat pengunjung untuk sama-sama mengingati dan meraikan detik bersejarah tersebut.
Katanya sempena sambutan itu juga, PBBPP akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pameran, pelancaran buku, video dokumentari, peraduan media sosial, promosi oleh penyewa gerai dan serta pengeluaran barangan edisi khas.
Menurutnya perbadanan itu turut memperkenalkan tiket laluan cepat kereta api funikular Bukit Bendera edisi khas yang boleh dijadikan koleksi memperingati sambutan ulang tahun ke-100 tahun.
"Banyak lagi kejutan dan aktiviti menarik telah disusun sepanjang tahun ini dan semua acara itu menjanjikan lebih banyak kenangan serta pengalaman seperti Penang Hill Festival, Penang Hill Heritage Forest Challenge dan Trash Free Hill," katanya.
Sementara itu, PBBPP dalam kenyataan yang sama memaklumkan perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera itu dibina dan disiapkan seorang jurutera Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Arnold Robert Johnson pada 1923.
Menurut PBBPP kereta api funikular buatan Eropah itu dikatakan yang pertama digunakan di Asia Tenggara dan masih kekal sehingga ke hari ini, serta pernah membawa ramai tetamu kenamaan termasuk mendiang Ratu Elizabeth II, Maharaja dan Permaisuri Jepun serta Putera Kemboja.
Sebelum funikular itu siap dibina, untuk naik ke Bukit Bendera menjadi cabaran buat masyarakat di kawasan tersebut yang terpaksa berjalan kaki mendaki dan menggunakan tunggangan kuda atau doolies.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2023

Koc kereta api yang digunakan kini adalah generasi ketiga yang telah melakukan lebih daripada 275,000 perjalanan sejak seabad lepas. - Gambar fail/Sinar Harian

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Kereta api funikular Bukit Bendera bawa lebih 47 juta pengunjung
Koc kereta api yang digunakan kini adalah generasi ketiga yang telah melakukan lebih daripada 275,000 perjalanan sejak seabad lepas.

Tiket laluan pantas edisi khas kereta api Bukit Bendera dilancar
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) melancarkan tiket laluan pantas edisi khas sempena memperingati ulang tahun ke-100 kereta api Bukit Bendera.

Kereta Api Bukit Bendera rosak, 180 pengunjung terkandas
Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) berkata, perkhidmatan di pusat peranginan itu mengalami kerosakan pada jam 2.10 hingga 4.15 petang.