SHAH ALAM: Salah seorang mangsa maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat USJ Lebuh Raya Elite menghala Shah Alam pada Jumaat merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekyen 24 (2) di sini.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sekyen 24 (2), Mohd Syariffuddin Rahmat berkata, pelajar berkenaan ialah Razatul Aliah Abdul Razak.
Menurutnya, kemalangan tragis meragut 10 nyawa termasuk lapan adik-beradik itu diketahui melalui ibu saudara mangsa yang merupakan salah seorang staf di pejabatnya.
"Ibu saudara mangsa memohon cuti kecemasan kerana ada urusan kematian sebelum menjelaskan kejadian tersebut.
"Turut maut dalam kejadian itu adalah ibu mangsa, tujuh beradik mangsa serta seorang lagi orang awam yang berada di lokasi kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Mengulas lanjut, beliau dimaklumkan, keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Padang Jawa di sini dari kampung mereka di Melaka.
"Kereta Proton Wira dipandu bapa mangsa mengalami masalah bateri rosak menyebabkan mereka tersadai di lorong kecemasan lokasi kejadian.
"Disebabkan keadaan hujan, hanya bapa mangsa yang keluar daripada kereta untuk memohon bantuan.
"Beberapa kereta berhenti untuk menghulurkan bantuan 'jumper' bateri dan ketika itulah sebuah lori merempuh kenderaan mangsa," kongsinya.
Katanya, bapa mangsa yang berada di luar kenderaan terselamat dalam insiden tersebut.
Ujarnya, beliau mengenali keluarga mangsa yang merupakan salah seorang keluarga B40 yang tersenarai sebagai penerima tabung bantuan Covid-19 sekolah tersebut.
"Ada beberapa kali keluarga ini menerima bantuan tersebut. Kami tahu kepayahan keluarga ini dan apabila permohonan diterima kita tetap bantu. Mereka juga turut menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor," katanya.
Beliau yang juga YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 berkata, pada Khamis salah seorang guru yang berkhidmat di SK berkenaan turut terlibat kemalangan di Bentong yang meragut nyawa dua anaknya sementara suaminya masih dalam unit rawatan rapi (ICU).
"Dua hari berturut-turut kami mendapat perkhabaran duka. Justeru, saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian tersebut," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 18 2021

Razatul Aliah (kanan) bersama ahli keluarga lain yang maut dalam insiden tersebut. - Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Kereta dinaiki 9 beranak maut dirempuh treler ketika 'jumper' bateri
Keluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Padang Jawa, dari kampung mereka di Melaka.

Pemandu treler terbabit nahas korban 10 mangsa direman
Lelaki berusia 37 tahun berkenaan direman selama empat hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan.