IPOH: Kes berkaitan gambar tular menunjukkan kereta jenis Proton Saga yang didakwa menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, Ipoh terjawab akhirnya.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya berjaya mengesan individu yang mengambil gambar itu, seterusnya siasatan lanjutan mendapati kejadian berkenaan berlaku kira-kira 6.29 petang berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo).
Menurutnya, pemilik kereta merupakan seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah dan semasa kejadian kereta itu dipandu seorang ahli keluarga anggota tersebut.
“Semakan lanjut mendapati vest polis yang terletak di dashboard kereta adalah milik pegawai rendah polis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, kata Yahaya, tiga saman trafik telah dikeluarkan kepada pemandu dan pemilik kereta tersebut.
Dua saman dikeluarkan kepada pemandu di bawah Kaedah 16(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana kesalahan halangan lalu lintas dan di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tanpa lesen sah serta satu saman kepada pemilik di bawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan seseorang memandu kenderaan tanpa lesen.
Selain itu, katanya, pihak siasatan turut memaklumkan kes ini kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK Perak untuk siasatan dari sudut tatatertib terhadap pemilik.
“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan kesalahan lalu lintas,” tegasnya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada orang awam yang prihatin dan memberi maklumat kepada pihak polis mengenai kejadian itu dengan segera bagi membantu menyelesaikan kes dalam masa singkat.
Pada masa sama, Yahaya turut menasihatkan orang ramai, khususnya netizen supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu, untuk mengelakkan fitnah dan mendatangkan kegusaran kepada masyarakat.
Sebelum ini tular di media sosial dua gambar yang memaparkan sebuah kereta didakwa telah menghalang lalu lintas di sebuah kawasan rekreasi di Ipoh.
Dalam gambar berkenaan turut dipaparkan sehelai vest yang tertulis perkataan ‘POLIS’ telah diletakkan pada papan pemuka kenderaan terbabit.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Mar 07 2023
Siasatan mendapati, pemilik kereta ialah seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah, dan semasa kejadian kereta itu dipandu ahli keluarganya. - Gambar tular media sosial
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
Kereta halang lalu lintas milik anggota polis, tiga saman trafik dikeluarkan
Pemilik kereta ialah seorang pegawai rendah polis yang bertugas di Batu Gajah, dan semasa kejadian kereta itu dipandu ahli keluarganya.
Pemandu lori bawa muatan kereta polis lelong secara bahaya disaman
Tular satu video menunjukkan sebuah lori membawa muatan kereta peronda polis dengan cara bahaya.
Impian kanak-kanak hidap leukemia naik kereta polis tercapai
Lebih manis, Muhammad Firash Arryan Muhammad Yusri diraikan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214.
Kanak-kanak pesakit leukemia mahu jadi polis meninggal dunia
Pesakit leukemia tahap empat, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7 tahun, dari Pulau Pinang yang dibawa menaiki kereta peronda polis (MPV) pada bulan lalu meninggal dunia petang Ahad.
Kejar suspek curi kabel, kereta peronda polis terbabas
Sebuah kereta peronda polis terbabas setelah dihimpit sebuah kereta sewaktu mengejar pencuri di Parit Buntar pagi tadi.