AMPANG: Seorang ejen hartanah terkejut apabila mendapati kereta miliknya yang diletak di hadapan pejabat di Jalan Pandan Indah di sini telah dirosakkan individu tidak dikenali pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pada kira-kira jam 2 petang, mangsa seorang wanita berumur 21 tahun telah meletakkan kereta jenis Perodua Myvi berkenaan di tepi jalan berhadapan pejabatnya.
"Ketika mangsa hendak pulang kira-kira jam 6.50 petang, wanita berkenaan mendapati kereta miliknya telah dicalarkan selain cermin sisi kiri dan kanan patah.
"Selain itu mangsa turut mendapati pengelap cermin keretanya patah selain ekzos bengkok dan kenderaannya itu turut dilitupi dengan span tilam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa tidak mempunyai masalah dengan mana-mana individu.
"Polis telah mengesan satu video yang dirakam penduduk sekitar yang menunjukkan seorang wanita berbaju merah telah merosakkan kereta mangsa.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Mar 25 2022

Polis telah mengesan satu video yang dirakam penduduk sekitar yang menunjukkan seorang wanita berbaju merah telah merosakkan kereta mangsa. - Foto fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Ejen hartanah cedera disamun dua lelaki bersenjata parang, kayu besbol
Suspek bertindak melarikan komputer riba milik mangsa dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Yaris berwarna perak.

Ejen hartanah rugi RM7 juta diperdaya Macau Scam
Terima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan mangsa 'mempunyai 52 dos vaksin Sinovac dimohon atas nama mangsa secara tidak sah'.

MIEA sokong kerajaan gesa pengamal hartanah mengesan pengubahan wang haram
Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA.

Kereta milik ejen hartanah dirosakkan individu tidak dikenali
Mangsa mendapati kereta miliknya telah dicalarkan selain cermin sisi kiri dan kanan patah.

Ejen hartanah didakwa langgar anggota polis dalam sekatan jalan raya
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.

Rakyat Malaysia mahu kadar faedah tinggi untuk pinjaman perumahan diturunkan
Semakin ramai rakyat Malaysa kini tidak lagi menghadapi kesukaran untuk memperoleh pinjaman perumahan, namun ramai yang kurang berpuas hati, dan mahukan kadar faedah yang tinggi dikurangkan.

Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah bunuh ejen hartanah
Enam lelaki dan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang ejen hartanah wanita.

Kes tembak OUG: Tujuh didakwa bunuh dan bersubahat bunuh ejen hartanah
Enam lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh dalam kes tembak mati seorang ejen hartanah.

Kes tembak Taman OUG, tiga suspek didakwa Jumaat - Polis
Tiga suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok dalam kes ejen hartanah wanita maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG.