Sebuah kereta milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dunia Melayu Dunia Islam yang diletakkan di garaj Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Jalan Hang Tuah dibakar pada kira-kira 11.30 malam tadi.
Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kereta tersebut rosak di bahagian hadapan dan tangki minyak akibat dibakar menggunakan petrol manakala siasatan mendapati terdapat sekeping kertas ditulis ugutan diletakkan di cermin depan kereta di sebelah kereta yang dibakar itu.
Beliau berkata insiden kebakaran itu disedari seorang tukang sapu di bangunan tersebut sebelum memaklumkan pada pengawal bangunan UTC yang kemudiannya bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran.
"Hasil pemeriksaan awal mendapati satu daripada tiga kereta yang diparkir di garaj letak kereta di bangunan itu disimbah minyak petrol sebelum dibakar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan pantas pengawal tersebut berjaya mengelak kereta yang terbakar itu daripada meletup dan menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.
Chuah berkata pemeriksaan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian mendapati imej seorang lelaki yang tidak dikenali berlegar-legar di kawasan tersebut kira-kira jam 10.45 malam sebelum kereta terbabit terbakar.
Motif dan punca kejadian masih disiasat, katanya.
Bernama
Tue Nov 19 2013


Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.

Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.

Mayat ditemui rentung di tepi jalan dipercayai wanita
Polis percaya mayat tanpa identiti yang ditemui rentung di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus dekat sini, pada Sabtu lalu adalah seorang wanita.

Lapor gangguan seksual guru, mangsa pula yang dibakar hidup-hidup
Mangsa dikepung oleh sekumpulan empat hingga lima individu yang memaksanya menarik balik laporan berkenaan.

Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri
Akibat dari permintaan isteri yang impikan sebuah kereta, seorang isteri di Indonesia dibunuh, dikerat badannya dan dibakar oleh suaminya sendiri.

Tikus dipaksa teguk wain, dibakar sampai mati kerana 'mencuri'
Seorang lelaki di China memaksa seekor tikus meneguk wain kemudian menyiramnya dengan alkohol dan dibakar kerana dipercayai 'mencuri' sekeping roti.

Kereta anggota polis hangus dipercayai dibakar
Kereta seorang anggota polis yang diletakkan di sebuah rumah kosong hangus dipercayai akibat dibakar dalam satu insiden di sini awal pagi tadi.

Wanita ditemui mati, dikerat dan dibakar
Seorang wanita dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya dalam kejadian di Kampung Tok Keramat, Juru, Pulau Pinang.

Remaja Palestin terkorban akibat dibakar
Bedah siasat awal mendapati mayat remaja Palestin yang dipercayai diculik dan dibunuh pelampau Yahudi menunjukkan mangsa dibakar hidup-hidup.

Kereta milik pertubuhan NGO dibakar di Melaka
Siasatan mendapati terdapat sekeping kertas ditulis ugutan diletakkan di cermin depan kereta di sebelah kereta terbabit.