ALOR SETAR: Sepuluh kereta dan lima motosikal berkuasa tinggi milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, awal pagi Isnin.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, sebaik pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 4.53 pagi sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dikejarkan ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.
"Setibanya di lokasi api sedang marak membakar 15 kenderaan yang terdapat di dalam bengkel terbabit.
"Bomba terpaksa mengambil masa lebih 10 minit untuk mengawal api daripada merebak memusnahkan sejumlah lagi kenderaan lain," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Mohamadul Ehsan, kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus bangunan kelas B itu selain punca dan kerugian masih dalam siasatan Bomba.
Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad mengesahkan kejadian dan ketika kejadian terdapat tiga anggota di bengkel terbabit.
“Tiga anggota ini merupakan pemandu terdengar bunyi letupan dan ternampak percikan api bermula dari bahagian bumbung di dalam bengkel terbabit,” kataya.
Jelasnya, kesemua mereka selamat selepas berjaya keluar dari bengkel terbabit sebelum api marak.
Jelas Wan Hassan siasatan kini masih dilakukan Bahagian Unit Forensik JBPM untuk mengetahui punca kejadian.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Sep 12 2022

Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus bangunan kelas B itu selain punca dan kerugian masih dalam siasatan Bomba. - Foto JBPM

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.

3 maut dalam kebakaran di Palembang, Indonesia
Mangsa yang maut termasuk dua penghuni sebuah rumah serta seorang pekerja bengkel yang identitinya masih belum disahkan.

Tiga kedai sederet termasuk bengkel musnah terbakar di Teluk Intan
Bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal.

Miliki 12 motosikal klasik, Chua sanggup berhabis wang demi minat
Jim Kheng kini memiliki 12 motosikal klasik pelbagai jenis, antaranya jenama BSA, Ariel, Norton, Honda dan Matchless serta Harley Davidson.

Sebuah rumah, bengkel dan tujuh kenderaan musnah dijilat api
Tiada kemalangan jiwa, manakala, kebakaran rumah itu dianggarkan 90 peratus sementara kemusnahan bengkel pula 80 peratus.

Mangsa tembak ada rekod dadah, jenayah
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang peniaga.

Volkswagen, Mercedes musnah dalam kebakaran bengkel
Kereta yang musnah adalah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena, sebuah Mercedes dan Volkswagen.

Tiga kereta mewah dianggar bernilai RM940,000 dicuri
Tiga kenderaan mewah dianggarkan bernilai kira-kira RM940,000 dilarikan daripada sebuah bengkel di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan.

21 bengkel disyaki ubah suai motosikal bagi tujuan merempit dikenal pasti
JPJ negeri turut mengeluarkan notis kepada pemilik bengkel tersebut kerana kesalahan melakukan pengubahsuaian motosikal.

Kereta, motosikal milik PDRM musnah bengkel IPK Kedah terbakar
Siasatan kini masih dilakukan Bahagian Unit Forensik JBPM untuk mengetahui punca kejadian.