PASIR MAS: Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur dalam kejadian di Kampung Apa-Apa di Gelang Mas di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, lelaki berusia 30-an berkenaan terus bergegas melihat kawasan sekitar dan mendapati kereta jenis Perodua Viva serta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terdapat kesan tembakan.
"Saya mendengar beberapa das tembakan sebelum keluar memeriksa keadaan di luar rumah.
"Saya juga terkejut apabila melihat beberapa kesan tembakan di dinding rumah, manakala cermin kereta yang diparkir di hadapan rumah juga pecah," katanya.
Bagaimanapun, mangsa bersyukur kerana dia dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagi menjaga keselamatannya sekeluarga, mangsa terus membuat laporan polis dan menyerahkan perkara itu untuk siasatan.
Sementara itu, jiran mangsa berusia awal 60-an berkata, dia ada mendengar bunyi bising kira-kira jam 3 pagi tetapi tidak mengendahkannya kerana menganggap tiada perkara pelik berlaku.
Tambahnya, ketika bangun untuk solat Subuh, dia melihat sepasukan polis berada di kawasan kejadian.
"Mangsa seorang yang sangat baik serta rajin bekerja selama tinggal di rumah berkenaan," katanya.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian dan siasatan akan dilakukan bagi mengesan suspek.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 04 2024

Keadaan kereta mangsa yang dipercayai terkena tembakan. - Foto Sinar Harian

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.

Rumah, kereta penjawat awam ditembak
Rumah dan kenderaan milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di Kota Bharu dipercayai ditembak pada Jumaat.