KUALA LUMPUR: Seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan dipandunya merempuh tembok sebelum terjatuh dari ruangan parkir dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di sini pada Jumaat.
Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azha Rifin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.05 petang.
Sehubungan itu katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dibantu BBP Pudu bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan sebuah kereta dalam keadaan terbalik dan bahagian bumbungnya remuk," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta berkenaan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh.
"Kereta terbabit dipercayai terjatuh dari tingkat satu tempat letak kereta bangunan berkenaan melibatkan seorang mangsa berumur 28 tahun," katanya.
Akibat kejadian itu katanya, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan lutut.
Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
"Siasatan punca kejadian dan tindakan selanjutnya diserahkan kepada pihak polis," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 01 2024

Anggota bomba menjalankan kerja menyelamat mangsa dalam kejadian dekat sebuah bangunan di Jalan P Ramlee di Kuala Lumpur pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Insiden Jeju Air disifat nahas udara terburuk di Korea Selatan
Kemalangan itu berpunca daripada kerosakan gear pendaratan yang mungkin disebabkan oleh serangan burung dan cuaca buruk.

Kereta terjunam dari parkir bangunan, pemandu wanita cedera
Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta berkenaan melanggar tembok penghadang sebelum terjatuh.

Dua maut, seorang cedera parah kereta rempuh tembok perkuburan Cina
Dalam kemalangan kira-kira pukul 7.20 pagi itu, pemandu S. Krisnna Kumar,29, dan penumpang S.Rajan,22, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta jenis Proton Iswara yang dinaiki.