KUALA LUMPUR: Program flash mob atau persembahan kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2023 (KS2023) bertemakan 'etnik' yang akan diadakan pada 16 Sept ini sempena Hari Malaysia, dijangka disertai lebih 10,000 orang.
LOCCO, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu kenyataan di sini memaklumkan sambutan unik dengan persembahan tarian tradisional, muzik dan seni penceritaan berbilang bangsa itu akan diadakan di pelbagai bandar dan stesen antaranya Putrajaya Sentral (KLIA Transit), Subang Jaya (LRT), Bandar Utama (MRT), Ampang (LRT), Gombak (LRT), Kajang (MRT) dan KL Sentral (LRT).
Acara sama turut berlangsung serentak di bandar utama seperti Johor Baharu (sepanjang Sungai Segget), Ipoh (KTMB Ipoh) dan Kuala Terengganu (Kampung Budaya Terengganu), serta di London, United Kingdom (Battersea Power Station).
Menurut kenyataan itu, acara berkenaan akan melibatkan lebih 20 kumpulan pelbagai lapisan masyarakat seperti Baba Nyonya Selangor, United Malaysia Hindu Voice, Mandarin Jer, Anak Teater Malaysia, Malaysia Fashion Creative Award dan KL Sketch Nation.
Pengarah program, Shamsul Bahrin Zainuzzaman dalam kenyataan sama berkata, rakyat Malaysia bersama pelancong luar negara secara tidak langsung akan memulakan perjalanan kereta api mereka dalam suasana flash mob menikmati pemandangan kota di sekitar Lembah Klang.
"Kami sangat teruja untuk mengumumkan bahawa lokasi rahsia tahun ini adalah di tempat paling ikonik dan bersejarah di negara ini - Dataran Merdeka!
"Ia akan menjadi saat yang benar-benar bersejarah bagi semua untuk berkumpul di Dataran Merdeka tahun ini selepas perjalanan kereta api berlepas dari stesen-stesen terpilih," katanya.
Program KS2023 telah dimulakan sekitar 2012 melibatkan ribuan peserta menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Penganjuran program pada tahun ini mendapat kerjasama pelbagai pihak antaranya Kementerian Pelancongan, Seni, dan Kebudayaan (MOTAC), Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN), dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rapid KL, Air Asia, Bulan Bintang dan Mr D.I.Y. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2023

Gambar fail pada 2022 menunjukkan sebahagian peserta program Keretapi Sarong 2022 mengenakan busana lengkap baju Melayu dan tanjak ketika berkumpul di hadapan Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Keretapi Sarong terima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025
Acara ikonik tahunan Keretapi Sarong menerima Anugerah Best ASEAN Cultural Preservation Effort 2025 daripada ASEAN Tourism Association (ASEANTA).

Keretapi Sarong 2023: Pasangan Baba dan Nyonya teruja kongsi budaya Peranakan
Aunty Joo berkata, KS2023 telah membawa beliau mengimbau nostalgia saat remajanya selain berpeluang melihat pelbagai jenis dan corak pakaian generasi muda hari ini.

Ribuan sertai Keretapi Sarong 2017 sempena Hari Malaysia
Mengenakan kain sarung dan kain pelikat yang pelbagai warna dengan pelbagai gaya, peserta melangkah dengan bangganya dari lima stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT).