SHAH ALAM: Kerja kecemasan membaiki paip pecah di Seksyen 15, di sini yang berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga selesai disiapkan.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna dan dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi pada Khamis.
Bagaimanapun, Air Selangor memberitahu, tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.
“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki masih lagi digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
“Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki,” kata hantaran tersebut pada Rabu.
Dalam pada itu, Air Selangor juga ingin menasihati pengguna untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.
Ujarnya, perkembangan berkaitan insiden tersebut akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
“Air Selangor juga ingin menggalakkan para pengguna untuk mengajukan sebarang pertanyaan atau aduan menerusi saluran komunikasi tanpa suara di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 26 2022
![Kerja baiki paip pecah di Seksyen 15 selesai Kerja baiki paip pecah di Seksyen 15 selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643238158_TBpaippecah.jpg)
Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan pihak ketiga selesai. - Foto Facebook Air Selangor/Sinar Harian
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712562434_air.jpg)
Bekalan air 60,000 akaun pengguna SAINS terjejas akibat paip pecah
Hampir 60,000 akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air akibat kerja pembaikan susulan paip pecah di hadapan stesen Petronas Jalan Jelebu di sini yang berlaku sejak semalam.
![Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728348858_gangguanbekalanair.jpg)
Paip pecah, sebahagian KL tiada air - Air Selangor
Gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 6 pagi, pada Selasa dan dijangka siap jam 1 pagi, pada Rabu.
![Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722829733_watertap.jpg)
Paip pecah: LRA Merbau Chondong henti operasi, 33,094 akaun terjejas
LRA Merbau Chondong, Machang terpaksa dihenti tugas berikutan paip air mentah yang bergaris pusat 1,100 milimeter (mm) pecah kesan daripada kerja-kerja pembaikannya.
![Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dipulihkan Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dipulihkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651651977_WaterPipe.jpg)
Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dipulihkan
Bekalan air kepada kira-kira 70 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas di Pulau Pinang berjaya dipulihkan pada pukul 2 petang tadi.
![RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690297043_TBFAZLIMOHAMAD.jpg)
RM935 juta diperuntukkan ganti 1,000km paip lama di Johor
Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program penggantian kira-kira 1,000 kilometer (km) paip lama yang berusia lebih 40 tahun di seluruh negeri ini.
![Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul' Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682416655_JalanSolarisDutama.jpg)
Tanah runtuh Bukit Tunku: 'Ada kemungkinan tanda-tanda sudah lama muncul'
Berdasarkan penerangan awal pihak bomba, ada kemungkinan tanda-tanda awal sudah muncul untuk beberapa lama.
![Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676209035_BekalanAir.jpg)
Paip pecah: Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor
Bekalan air di kesemua 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam telah pulih sepenuhnya jam 6 pagi, pada Ahad.
![Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 25.5 peratus Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 25.5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672054666_TBAIRSELANGOR.jpg)
Bekalan air di Klang, Shah Alam pulih 25.5 peratus
Air Selangor memaklumkan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat ke premis pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.
![Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677902012_OnnHafizGhazi.jpg)
Chaah tiada bekalan air bersih susulan paip pecah dibawa arus
Gangguan bekalan air dialami 3,962 akaun dari Chaah hingga ke Kampung Sungai Haji Kamisan.
![Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662039260_watertap.jpg)
Paip pecah: 14 kawasan di Hulu Langat alami gangguan bekalan air
Kerja-kerja membaiki paip pecah berkenaan sedang dilaksanakan bermula jam 6.30 pagi tadi.