KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, walaupun kerja-kerja tersebut mengalami sedikit kelewatan namun ia tidak menjejaskan pemulihan penuh bekalan air kepada para pengguna di kawasan terjejas di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat.
"Bekalan air akan disalurkan secara berperingkat kepada pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan. Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna," menurut kenyataan itu.
Air Selangor turut memberitahu bahawa bekalan air dari LRA Sungai Langat dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, Khamis ini.
Dalam perkembangan lain, Air Selangor turut memaklumkan bekalan air ke kawasan terjejas susulan henti tugas sementara di empat LRA disebabkan insiden pencemaran bau di Sungai Selangor telah pulih 24.5 peratus setakat 7 malam ini.
Menurut Air Selangor, bekalan air terawat yang bersih dan selamat sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam, 12 Okt.
Empat LRA terlibat ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang.
Sementara itu, Air Selangor menyarankan kepada pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.
Menurut kenyataan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.
"Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat dari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.
Terusan Panama: Presiden tegas pertahan kedaulatan
Presiden Panama menegaskan kedaulatan negaranya "tidak boleh dipersoalkan" ketika Trump mendesak agar Washington mengambil semula kawalan Terusan Panama.
RichWorks santuni komuniti, meriahkan kempen Jom Cuci Masjid di Jasin
RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bersama lebih 150 sukarelawan menyertai kempen Jom Cuci Masjid yang berlangsung di Masjid Chin Chin, Jasin.
Bekas pelajar SPM 11A, berhenti jadi pegawai farmasi, kini bangunkan pen eKamus
Pen eKamus mampu mengenal pasti dan memberikan terjemahan lebih daripada 130 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Arab, Inggeris, Mandarin, Korea, Jepun dan banyak lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Naik taraf sistem perkhidmatan kerajaan - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah sistem perkhidmatan kerajaan hendaklah dinaik taraf guna teknologi digital yang lebih cekap dan telus bagi membanteras amalan rasuah, salah guna kuasa.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong seru kerajaan terus bantu pekebun kecil, penternak, nelayan
Sultan Ibrahim seru kerajaan untuk terus bantu pekebun kecil, petani, penternak dan nelayan, serta mengambil tindakan proaktif bagi memperkasa sektor pertanian, komoditi dan rantaian bekalan makanan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah meningkat
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Sarawak menunjukkan sedikit pengurangan pagi ini manakala di Sabah berlaku peningkatan.
Agong seru semua pihak jayakan Kempen Melawat Malaysia 2026
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyeru agar semua pihak perlu berusaha untuk menjayakan Kempen Melawat Malaysia 2026 terutamanya dalam memastikan negara bersih dan selamat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong zahir rasa bimbang budaya fitnah, hasutan dalam talian (1)
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa bimbang dengan budaya fitnah serta hasutan di dalam talian dan media sosial yang menyebabkan rakyat keliru, bermusuhan dan berpecah-belah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerja-kerja tambah baik di LRA Sungai Langat tidak jejas pemulihan bekalan air - Air Selangor
Air Selangor memaklumkan kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat masih dijalankan dan dijangka siap malam ini.