KOTA BHARU: Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dijangka mencatat kemajuan sebanyak 37 peratus bagi tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata kerja-kerja pembinaan infrastruktur ini melibatkan kerja-kerja tanah, jambatan dan kerja cerucuk di sepanjang jajaran empat negeri tersebut.
"Bagi pengambilan tanah pula, proses di Kelantan telah siap sepenuhnya manakala di Pahang dan Terengganu masih berjalan dan Selangor akan dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 'Mesra ECRL' di Pusat Inovasi Kraf Batik dekat Tunjong, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, mengenai kerja-kerja pembinaan ECRL di Kelantan, Darwis berkata sebanyak 16.34 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur telah mencatat kemajuan setakat Disember tahun lepas melibatkan 18 lokasi.
"Pihak MRL optimis projek ECRL di negeri ini yang merangkumi jajaran sepanjang 43.86 kilometer akan siap dibina mengikut jadual menjelang penghujung tahun 2026.
"Jumlah tenaga kerja bagi projek ECRL di Kelantan setakat ini seramai 672 orang dengan 73 peratus terdiri daripada warga tempatan," katanya.
Sementara itu, Darwis berkata Program 'Mesra ECRL' yang diadakan selama dua hari di Kelantan bermula hari ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam menyantuni ekonomi setempat, sosial, rakyat dan alam sekitar.
"Sepanjang program ini berlangsung, pihak MRL turut mengambil peluang mengadakan sesi temu duga terbuka bagi Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) dengan menawarkan jawatan kepada mereka yang berminat untuk bekerja seperti juruteknik tapak binaan dan mekanik mesin jentera berat," katanya.
Rangkaian rel sepanjang 665 kilometer itu, yang merangkumi 59 terowong dengan panjang keseluruhan 61 kilometer, serta beberapa jejambat dengan panjang keseluruhan 127 kilometer, dianggarkan menelan belanja RM50.27 bilion dan dijadualkan siap pada Disember 2026.
Pembinaan melibatkan Jajaran Seksyen A dari Kota Bharu, Kelantan ke Dungun, Terengganu manakala Seksyen B dari Dungun ke Mentakab, Pahang dan Seksyen C dari Mentakab ke Pelabuhan Klang, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022
Kerja-kerja pembinaan infrastruktur ini melibatkan kerja-kerja tanah, jambatan dan kerja cerucuk di sepanjang jajaran empat negeri tersebut.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
90 plot kubur di Selat Klang selesai dialihkan - JAIS
Sebanyak 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Daerah Klang yang terlibat dengan ECRL telah selesai dialihkan menerusi Pelan Tindakan Pengalihan Tapak Perkuburan Islam.
Malaysia-China kongsi risiko kerugian kos operasi ECRL sama rata, kalau untung kita ambil 80 peratus - Loke
Syarikat pengendali Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Constructions ECRL Sdn Bhd (CCCECRL) akan menanggung kerugian secara bersama iaitu 50-50.
Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).
Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.
Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.
Tidak semua kawasan dilanda banjir berpunca daripada projek ECRL - MRL
Malaysia Rail Link menegaskan tidak semua kawasan dilanda banjir di sepanjang jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpunca daripada projek mega berkenaan.