GEORGE TOWN: Kerja-kerja penyambungan dua paip 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai bagi menggantikan saluran paip yang bocor di dasar sungai itu siap sepenuhnya awal pagi ini.
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan mengikut perancangan awal kerja itu yang bermula pada 11.30 malam tadi sepatutnya selesai 2 petang nanti, namun ia telah siap lebih cepat daripada yang dijadualkan.
"Berikutan itu, pemulihan bekalan kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terjejas di sebahagian Daerah Timur Laut dan Barat Daya dapat dimulakan lebih awal dan disasarkan dapat diselesaikan pada 3.30 petang esok.
"Manakala baki 16 peratus lagi pengguna termasuk yang tinggal di kawasan hujung paip agihan (EoL) dan kawasan tinggi, mereka dijangka mendapat bekalan pada 3.30 petang Jumaat," menurut kenyataan itu.
Kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai pada Selasa lepas adalah kali ketiga selepas insiden pada bulan Disember dan Januari lepas.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pemasangan paip lencongan merentasi Sungai Perai itu merupakan penyelesaian jangka sementara susulan berlaku kebocoran besar pada saluran paip 1,350mm di dasar sungai itu pada 23 Jan lepas, dan akan berfungsi sekurang-kurangnya lapan bulan sementara menunggu penggantian paip kekal di dasar sungai itu siap.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024
Kerja-kerja melibatkan penyambungan dua saluran paip 600mm dan pemotongan sambungan 1,350mm paip di Sungai Perai. - Foto BERNAMA
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel
Bersama Prof Dr Salawati Mat Basir , Pakar undang-undang antarabangsa UKM Membincangkan tentang genosid Israel: Malaysia akan berhimpun di The Hague, bincang genosid Israel.
Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beberapa mangsa nahas udara di Sungai Potomac dikenal pasti, kotak hitam ditemukan
Lebih 40 daripada 67 mayat mangsa nahas ditemukan dari Sungai Potomac pada lewat petang Khamis.
Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2
Tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.
Kerja penyambungan paip 600mm di Sungai Perai siap lebih awal dari jadual
Pemulihan bekalan kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna yang terjejas dapat dimulakan lebih awal.
Gangguan bekalan air berjadual ditangguh hari Selasa - PBAPP
Perkara itu dipersetujui selepas mengambil kira permintaan pengguna di kawasan terlibat yang mahukan "tempoh henti" lebih lama.