TANJUNG MALIM: Juline Ulana sanggup melakukan kerja sambilan di hotel dan restoran sebaik tamat pengajian Julai lepas, semata-mata ingin mengumpul wang untuk membeli tiket penerbangan buat ayahnya, Ulana Monteri dari Ranau, Sabah menghadiri majlis konvokesyennya di sini hari ini.
Graduan berusia 24 tahun itu gembira apabila dapat menyediakan tiket penerbangan bagi ibu, abang dan bapanya sebulan lepas untuk menyaksikannya menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal dan Kanak-Kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Namun, hasrat untuk membawa bapanya tidak kesampaian apabila bapanya berusia 64 tahun itu meninggal dunia akibat kanser hidung tahap empat semalam.
"Sepatutnya bapa saya ikut bersama kami tetapi tiketnya terpaksa dibatalkan kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Apabila saya, ibu dan abang sampai di tempat penginapan, kami dapat panggilan mengatakan bapa sudah tiada kira-kira 3.30 petang semalam," katanya ketika ditemui pada istiadat konvokesyen UPSI ke-25 hari ini.
Anak kelapan daripada sembilan beradik itu berkata walaupun gembira kerana berjaya mendapatkan segulung ijazah, jauh di sudut hatinya tetap sedih kerana kehilangan bapa tersayang dan terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan dia naik ke pentas menerima skrol.
"Sebelum ini, bapa pernah beritahu dia boleh hadir kerana kesihatannya agak stabil, tetapi kira-kira dua minggu sebelum konvokesyen, bapa beritahu saya tidak dapat ikut walaupun saya sudah membeli tiket. Saya tamat pengajian sebab nak tengok bapa sihat, mahu dia tengok saya terima ijazah di pentas," katanya dalam nada sebak.
Sementara itu, pada istiadat konvokesyen hari ini Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan watikah pelantikan selain menyampaikan Anugerah Pelajaran Diraja serta beberapa anugerah antaranya Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti (Kepimpinan) dan Pingat Emas Naib Canselor kepada penerima terlibat.
Konvokesyen UPSI ke-25 yang bermula hari ini hingga 29 Nov menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 7,616 graduan merangkumi 121 Ijazah Doktor Falsafah, 1,487 Ijazah Sarjana, 4,240 Ijazah Sarjana Muda, 852 diploma dan 916 graduan menerima Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak Juline Ulana, 24, menahan sebak ketika ditemubual pemberita selepas Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-25 2023, pada Rabu. - Foto BERNAMA

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.

Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.

Tragedi UiTM Dungun: Hajat Mal nak pakai jubah konvo sekali lagi tak kesampaian
Muhammad Zhafran memuat naik beberapa keping gambar bersama arwah ketika Majlis Konvokesyen di Politeknik Merlimau pada November tahun lalu.

Kerja sambilan untuk beli tiket penerbangan hadir konvokesyen, namun bapa "pergi" dulu
Juline Ulana terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan dia naik ke pentas menerima skrol.

Baru bergraduasi, gaji bulanan sudah RM15,000
Beliau yang kini bergelar pembangun laman sesawang, merupakan graduan kohort pertama untuk program berkenaan di UUM sejak diperkenalkan pada 2019.

1,908 graduan diraikan pada Istiadat Konvokesyen ke-15 USAS, jumlah paling ramai
Istiadat konvokesyen tersebut akan berlangsung selama dua hari dengan empat sidang, setelah dua tahun diadakan secara maya.

PKP tidak halang pasangan polis genggam ijazah sarjana
Mohd Hafiz Hafizul dan Siti Narika diraikan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 (Sidang Dua) hari ini.

Status atlet tidak halang An Najwa genggam ijazah
"Walaupun banyak perkara terpaksa dikorbankan, tetapi pada akhirnya ia berbaloi!"

Kesesakan luar biasa, graduan USM nekad kendong jubah tumpang motosikal hadir konvokesyen
Kevin nekad turun dari kenderaan yang dinaikinya dan mencuba nasib menahan penunggang-penunggang motosikal yang sedang menghala masuk ke Pulau.

Ayah meninggal dunia pada hari akhir peperiksaan, pelajar USM ini fokus peroleh kecemerlangan
"Ia adalah kehendak ayah yang mahu anak-anaknya berjaya walaupun dia sudah tiada di sisi kami."