KUALA LUMPUR: Rantau Asia Tenggara dan Asia Timur penting untuk agenda peralihan tenaga memandangkan cabaran alam sekitar dan tenaga tidak mengenal sempadan negara, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan gangguan yang ditimbulkannya menjadi bukti cukup mengenai betapa sensitifnya rantaian bekalan Asia Tenggara, jika tidak rentan.
Kerjasama lebih erat antara dua wilayah itu, yang berkongsi banyak hubungan sejarah dan ekonomi, adalah penting dan secara kolektif memacu pertumbuhan ekonomi global semasa di samping perlu berada di barisan hadapan untuk tindakan iklim, katanya semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Tenaga Asia Timur kali keenam di Bali, Indonesia pada Isnin.
Beliau berkata terdapat tuntutan bukan sahaja untuk dasar pembangunan serantau atau pelan hala tuju berkaitan tenaga boleh baharu malah juga keperluan untuk bekerja ke arah dasar dan piawaian kawal selia yang sama.
"Kita memerlukan dasar dan strategi pelaburan yang menarik untuk menggalakkan serta memudahkan penerimaannya dalam sektor seperti pembuatan dan pengangkutan serta mengurangkan kos.
"Kita juga perlu membangunkan teknologi dan penyelesaian dari rantau kita, untuk rantau kita," katanya.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata negara di Asia Tenggara dan Asia Timur mesti menyokong antara satu sama lain dan bekerjasama dalam tindakan iklim dan peralihan tenaga.
"Ini penting untuk respons Asia secara keseluruhannya. Ini bukan sahaja terpakai kepada kerajaan malah juga di peringkat masyarakat sivil dan perniagaan," katanya.
Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa (IRENA) telah mengingatkan bahawa pelaburan tahunan dalam teknologi peralihan tenaga perlu melebihi empat kali kepada lebih US$5 trilion dan pelaburan terkumpul mesti berjumlah US$44 trilion pada 2030.
Forum Ekonomi Dunia (WEF) turut berhujah, ketika negara membangun di Asia, Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah komited terhadap peralihan tenaga dan mempunyai sumber tenaga boleh baharu yang begitu banyak namun, negara-negara ini kekurangan kewangan dan pengetahuan teknikal untuk membangunkan tenaga itu sepenuhnya.
Nik Nazmi berkata perubahan iklim adalah krisis yang tidak boleh diselesaikan tanpa peralihan tenaga.
"Sejarah menunjukkan negara-negara mampu pulih dengan lebih baik dan cepat apabila wujud kerjasama antarabangsa, seperti melalui Rancangan Marshall dalam kes Perang Dunia II.
"Ini sesuatu yang mesti kita contohi dalam menghadapi perubahan iklim. Negara-negara kaya mesti bersedia menyokong tindakan iklim dan peralihan tenaga," katanya.
Beliau berkata Asia Tenggara dan Asia Timur mesti berada di barisan hadapan dalam tindakan iklim.
"Jadi, walaupun tindakan iklim dan peralihan tenaga tidak boleh menjadi perkara penting bagi negara-negara kaya yang menentukan cara negara-negara kurang berkemampuan mencapainya, ini tidak bermakna negara-negara kaya mengharapkan negara-negara ini menanggung kos itu sendiri.
"Malaysia berharap dapat meneruskannya dalam COP 28 dan forum antarabangsa lain," katanya.
Asia Tenggara kini mempunyai jumlah penduduk hampir 670 juta dan angka ini akan terus berkembang.
"Kita akan mengakibatkan ramai orang menderita dan menjadi lebih teruk jika kita tidak melaksanakan peralihan tenaga dengan betul.
"Dikatakan bahawa tidak akan ada Abad Asia tanpa Asia Tenggara. Jadi, saya dengan rendah hati menyatakan bahawa tidak akan ada Abad Asia tanpa Asia Tenggara dan Asia Timur bekerjasama dalam peralihan tenaga yang saksama dan inklusif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Nik Nazmi (foto) berkata pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan gangguan yang ditimbulkannya menjadi bukti cukup mengenai betapa sensitifnya rantaian bekalan Asia Tenggara, jika tidak rentan. -Gambar fail/Bernama
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Kerjasama Asia Tenggara-Asia Timur penting bagi peralihan tenaga - Nik Nazmi
Beliau berkata pandemik COVID-19, perang di Ukraine dan gangguan yang ditimbulkannya menjadi bukti cukup mengenai betapa sensitifnya rantaian bekalan Asia Tenggara, jika tidak rentan.