Ringkasan AI
- Kerjasama antara Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia dengan industri sangat diperlukan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu memenuhi keperluan dan permintaan industri.
- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu penting bagi mengelakkan ketidaksepandanan dalam konteks pekerjaan yang dipelopori oleh modal insan negara berbeza dengan ilmu yang dipelajari.
- Selain itu tambahnya, Malaysia juga perlu menghantar modal insan negara ke luar bagi mendapatkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata langkah itu penting bagi mengelakkan ketidaksepandanan dalam konteks pekerjaan yang dipelopori oleh modal insan negara berbeza dengan ilmu yang dipelajari.
''Antara langkah yang dibuat di peringkat pengajian tinggi ini melibatkan universiti dan juga politeknik dan itu di bawah rangkuman kementerian, jadi kita membuka ruang itu supaya hubungan antara universiti dengan politeknik dengan universiti (dijalinkan).
“Sama ada proses itu berlaku di industri berkenaan ataupun di (fasiliti) industri (tersebut) berada dalam kampus-kampus kita, ambil contoh dalam konteks MTUN-Malaysian Technical University Network yang ada seperti UTEM dan sebagainya. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pun ada dan ini merupakan langkah yang perlu kita lakukan supaya perkembangan terkini dalam industri.
‘’Kita ambil contoh dalam bidang elektrik dan elektronik (E&E), semicon, yang sangat terkehadapan yang memerlukan kepantasan kita bergerak sama dam bekerjasama dengan industri ini adalah sangat penting dan itu kita lakukan sepertimana dilakukan oleh USM, UNIMAP di Perlis dan sebagainya,’’ katanya.
Zambry berkata demikian semasa program Agenda AWANI yang memfokuskan isu Pendidikan Tinggi Kalis Pasaran Kerja Masa Hadapan sempena Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Selain itu tambahnya, Malaysia juga perlu menghantar modal insan negara ke luar bagi mendapatkan kepakaran-kepakaran yang diperlukan negara.
Ujarnya usaha ini selaras dengan perkembangan teknologi masa kini yang memerlukan kepantasan bertindak bagi mendepani arus perubahan.
‘’ Kita juga perlu (dan) ada menghantar pelajar-pelajar kita untuk mendapatkan kepakaran-kepakaran terkini.
‘’Ramai dan ribuan (pelajar Malaysia) (khususnya) dalam konteks TVET sebagai contoh, telah kita hantar maksud saya ialah dari segi keterbukaan itu perlu ada dan (kita) sedang lakukan itu,’’ katanya.