Kerjasama daripada kerajaan negeri Selangor amat diperlukan bagi mengatasi masalah banjir di negeri itu yang berpunca daripada fenomena air pasang besar.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata pihaknya maklum terdapat beberapa ban (benteng) yang pecah sehingga air laut melimpah ke kawasan sekitar seterusnya menyebabkan banjir.
"Kami harap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dapat kaji cara untuk tambah baik benteng-benteng yang dibina di pesisiran pantai negeri ini.
"Saya juga akan bawa perkara ini pada Kabinet untuk lihat kaedah untuk tambah baik benteng-benteng ini dan kami harap kerajaan negeri akan beri kerjasama untuk kebajikan rakyat Selangor khususnya yang tinggal di pesisiran pantai," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-39 Pertubuhan Peladang Negeri Selangor 2016 di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Tan Sri Zainal Dahalan, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Selangor Jakiran Jacomah dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Sebanyak 13 kawasan di lima daerah di Selangor dilanda banjir akibat limpahan air laut berikutan fenomena air pasang besar, awal pagi Ahad.
Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata banjir akibat fenomena air pasang besar kali ini di luar jangkaan berikutan beberapa kawasan di lima daerah di negeri itu dinaiki air.
"Sebab itu pihak berkuasa tidak boleh pandang ringan dan saya telah arahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan," katanya.
Semalam, Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib dilaporkan berkata paras air laut pasang yang melepasi ban di beberapa kawasan di pesisiran pantai Selangor dilihat punca berlakunya banjir kilat yang melanda beberapa lokasi di negeri ini.
Beliau berkata ban yang dibina hanya mampu menahan air sehingga paras 5.5 meter, namun air pasang yang berlaku pagi Ahad mencecah paras 5.6 meter.
Zaidy berkata beberapa ban turut rosak akibat limpahan tersebut iaitu di Kampung Sungai Serdang dan Pandamaran di Klang; Pantai Remis dan Kampung Sungai Sembilang di Kuala Selangor serta di Kampung Tok Muda di Kapar, Klang.
Bagaimanapun beliau berkata kerja-kerja membaiki ban yang rosak itu telah dilakukan oleh JPS. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016

NOH: Saya juga akan bawa perkara ini pada Kabinet untuk lihat kaedah untuk tambah baik benteng-benteng ini dan kami harap kerajaan negeri akan beri kerjasama untuk kebajikan rakyat Selangor khususnya yang tinggal di pesisiran pantai. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Air pasang besar: JPS ramal 43 kampung berisiko dinaiki air
Sebanyak 43 kampung yang terletak berhampiran 12 muara sungai di Terengganu berisiko dinaiki air susulan fenomena air pasang besar.

Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur di Pantai Hiburan, Kuala Rompin
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan berhati-hati dengan kehadiran ratusan ubur-ubur beracun daripada spesies 'Physalia physalis' sepanjang Pantai Hiburan, di Kuala Rompin, sejak pagi tadi.

Hakisan pantai semakin serius, lebih 50 penduduk PPRT Kampung Jawa terjejas
Masalah hakisan mula berlaku pada 2019 dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk yang tinggal berdekatan pantai.

Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.

Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.

Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.

Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.

Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.

Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.