KOTA KINABALU: Kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah, penting dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang berdepan pelbagai isu di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata melalui kerjasama itu, Kerajaan Persekutuan diharap mampu memainkan peranan menggerakkan pembangunan sistem pendidikan di Sabah dan kerajaan negeri akan bersama-sama membantunya.
Katanya isu sistem pendidikan di Sabah antaranya sekolah daif, kekurangan guru dan guru gagal hadir, tidak sepatutnya menjadi polemik yang berterusan, sebaliknya semua pihak perlu fokus bagi membangun sistem pendidikan terbaik, untuk anak-anak Negeri di Bawah Bayu itu.
"Isu-isu ini tidak menggambarkan secara keseluruhan khidmat cemerlang, khususnya diberikan guru untuk anak-anak kita di Sabah, kalau ada sedikit kekurangan itu tidak dapat dielakkan, tetapi jangan lah itu dijadikan isu.
"Ini kita mahukan Kerajaan Persekutuan kuat bangunkan pendidikan di Sabah dan kerajaan negeri bantu supaya anak-anak kita pandai dan cemerlang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah Sabah 2023 di sini hari ini.
Pada majlis yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidi seramai 48 orang warga jabatan itu menerima penghargaan atas perkhidmatan cemerlang mereka.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu Hajiji berkata kerajaan negeri memperuntukkan bajet yang besar, bagi memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang sempurna antaranya RM12 juta untuk membantu 1,600 sekolah di Sabah, melalui program Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (Bisbah).
Beliau berkata sebanyak RM4 juta diperuntukkan bagi Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (Balkis) yang diperkenalkan tahun ini, untuk membantu membaiki kerosakan dan menyelenggara yang melibatkan kos di bawah RM50,000 serta ke bawah.
Hajiji berkata bagi memperkasa Pendidikan STEM di negeri Sabah, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM250,000 bagi Program STEM FIESTA, dan pembinaan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (Pusat STI) di Perpustakaan Keningau dengan kos RM3 juta dijangka siap penghujung tahun ini.
"Di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) (Sabah), kerajaan juga merancang melaksanakan projek berimpak tinggi iaitu pembinaan Pusat Sains Sabah di Kota Kinabalu. Manakala pembinaan Pusat STI di Tawau dan Sandakan bernilai lebih RM10.2 juta daripada Petronas", katanya.
Hajiji berkata kerajaan melalui KSTI juga memberikan dana sebanyak RM320,000 untuk pewujudan 16 buah sudut sains di sekolah rendah, termasuklah memberi sumbangan bagi membaik pulih 14 makmal sains sekolah menengah pada tahun ini, dengan peruntukan sebanyak RM280,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Kerjasama kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah, penting dalam usaha membangunkan sistem pendidikan yang berdepan pelbagai isu di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/Astro AWANI
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Sabah peruntuk RM50 juta bantu penduduk kampung bayar bil elektrik - Hajiji
Peruntukan tersebut akan diberikan bermula tahun depan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang memerlukan di negeri itu.
Sabah peruntuk lebih RM100 juta untuk pembangunan sukan
Peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan negeri itu adalah bagi pentadbiran dan pelaksanaan pelbagai program pembangunan belia dan sukan.
Pesara kerajaan Sabah terima bonus RM1,000
Pesara kerajaan negeri Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Skandal Sabah Mineral: Serah pada pihak berwajib siasat, ambil tindakan wajar - Hajiji
Kerajaan negeri Sabah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya jika terdapat sebarang unsur salah laku atau penyalahgunaan kuasa.
Sabah puji keputusan Mahkamah Agung Perancis - Hajiji
Kerajaan Sabah memuji keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan yang difailkan oleh individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu.