PUTRAJAYA: Lapan institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan enam universiti dari Tatarstan melibatkan pelbagai bidang akademik bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dua hala dalam pendidikan tinggi.
Kerjasama strategik itu menghasilkan tujuh memorandum persefahaman (MoU), satu memorandum perjanjian (MoA), dua surat kerjasama (LoC) dan satu adendum.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan wakil Rais Tatarstan Profesor A. Kh. Gimutdinov menyaksikan pertukaran MoU, MoA, LoC dan adendum yang ditandatangani kesemua pihak terlibat.
IPT tempatan terlibat ialah Universiti Sains Islam Malaysia, Asia Pacific University of Technology and Innovation Malaysia, Multimedia University, University of Cyberjaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Kuala Lumpur, Universiti Kuala Lumpur dan Malaysian Institute of Art.
Universiti dari Tatarstan pula adalah Kazan Federal University, Innopolis University, Kazan State Agrarian University, Kazan State Academy of Veterinary Medicine, Kazan National Research Technological University dan Kazan State Institute of Culture.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Dr Azlinda Azman berkata antara fokus kerjasama IPT tempatan dan universiti dari Tatarstan yang dipersetujui ialah dalam bidang perbankan Islam, kewangan Islam, industri halal, robotik, perubatan veterinar dan sains semula jadi.
Beliau berkata kesemua kerjasama startegik yang dipersetujui itu adalah rentetan daripada lawatan kerja Mohamed Khaled bersama universiti terlibat ke Forum Kazan 2023 di Tatarstan pada Mei lepas.
"Kebanyakan MoU ini terletak kepada bidang berkaitan bagaimana kita nak meningkatkan lagi kolaborasi dengan pendidikan tinggi terutama universiti yang ada di Malaysia.
"Jadi asasnya adalah untuk menambahkan lagi kerjasama secara penyelidikan dan program akademik, termasuk pertukaran pelajar, pensyarah, latihan industri dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini pada Selasa.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian berkata jalinan kerjasama antara IPT tempatan dan universiti dari Tatarstan itu membolehkan Malaysia mengembangkan bidang kepakaran kepada negara luar, di samping berkongsi pengalaman dalam bidang berkaitan.
"Kita ada banyak pakar yang kita rasa boleh mula kembangkan kepakaran itu keluar negara dan kita juga memerlukan kepakaran dari negara lain untuk kita membuat penambahbaikan, penambahan ilmu baharu kepada pensyarah kita," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Mohamed Khaled dan wakil Rais Tatarstan Profesor A. Kh. Gimutdinov menyaksikan pertukaran MoU, MoA, LoC dan adendum yang ditandatangani kesemua pihak terlibat. - Gambar Bernama
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Kerjasama strategik lapan IPT tempatan dengan enam universiti Tatarstan
Lapan IPT Malaysia menjalin kerjasama strategik dengan enam universiti dari Tatarstan melibatkan pelbagai bidang akademik bagi mengukuhkan rangkaian kerjasama dua hala dalam pendidikan tinggi.

UTM lahirkan kumpulan siswazah antarabangsa pertama di Kurdistan, Iraq
UTM mencipta sejarah dengan kejayaan melahirkan kumpulan pertama siswazah daripada program francaisnya di luar negara.

PEMUDAH IPTS, Mantap IPTA diwujud bagi tingkat kecemerlangan IPT
Pasukan itu yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan juga pihak IPTS akan mengenal pasti isu dan cabaran dihadapi IPTS serta mencadangkan penyelesaian terbaik.