KUALA LUMPUR: Kerjasama erat antara Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah penting dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan di Selat Melaka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata ketiga-tiga pihak sebagai negara litoral dan penjaga Selat Melaka perlu bekerjasama dalam menjamin keselamatan serta perlindungan alam sekitar di selat itu agar tidak berlaku gangguan kepada aktiviti perdagangan.
Wee berkata Selat Melaka merupakan antara laluan navigasi terpenting di dunia dengan 80,000 kapal yang membawa kira-kira 25 peratus nilai barang dagangan dunia melaluinya setiap tahun.
"Perairan cetek, pasang surut yang kompleks dan eratik, arus deras serta peralihan angin yang tidak menentu menjadikan selat ini antara lokasi paling mencabar untuk perdagangan antarabangsa, justeru semua halangan navigasi ini hendaklah diatasi dengan aplikasi teknologi serta amalan keselamatan moden.
"Apa jua yang berlaku di selat ini menjadi tanggungjawab bersama ketiga-tiga negara. Jadi, hubungan erat perlu wujud dalam memastikan keselamatan perjalanan dan perlindungan alam sekitar," katanya pada majlis makan malam sempena Mekanisme Kerjasama ke-13 di sini, malam tadi.
Perbincangan tahunan Mekanisme Kerjasama yang pertama kali diadakan pada 2006 itu adalah usaha sama ketiga-tiga negara dalam membincangkan isu berkaitan keselamatan serta aktiviti perkapalan di Selat Melaka dan Selat Singapura.
Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing bagi subsektor gudang darat dan penetapan kementeriannya sebagai Agensi Kawal Selia, Wee berkata langkah itu diambil susulan terdapat kekurangan tenaga kerja.
"Saya sedar aktiviti import dan eksport kini menjadi lebih rancak susulan pemintaan yang mula beransur pulih dan mencapai satu tahap yang memberangsangkan. Antara rungutan oleh pengusaha gudang ialah ketiadaan pekerja,
"Jadi saya arahkan kementerian saya supaya menjalankan tugas kawal selia ke atas pengambilan (pekerja asing) berdasarkan garis panduan yang ditetapkan di bawah Akta 446," katanya.
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media khas mengumumkan pengambilan pekerja asing bagi subsektor gudang darat adalah dibenarkan dan Kementerian Pengangkutan akan berperanan sebagai Agensi Kawal Selia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Wee berkata, Selat Melaka merupakan antara laluan navigasi terpenting di dunia dengan 80,000 kapal yang membawa kira-kira 25 peratus nilai barang dagangan dunia melaluinya setiap tahun. - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Keselamatan perairan Selat Melaka terkawal - APMM
APMM tidak menerima sebarang laporan berkaitan insiden ancaman di Pantai Remis, Perak seperti didakwa dalam beberapa laporan media semalam.

Lagi bot berdaftar di Malaysia ditahan di Selat Melaka, Indonesia
Lima warga Myanmar ditahan kerana ketiadaan permit yang diperlukan dan menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang.

Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.

18 tahun tertangguh, Malaysia-Indonesia akhirnya selesai isu Laut Sulawesi-Selat Melaka
Selepas 18 tahun tertangguh, Malaysia dan Indonesia akhirnya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka, hari ini.

OSTEX West 2/22 peraga aset TLDM Armada Barat di Selat Melaka
Ia merupakan platform bagi menguji keberkesanan Latihan Perang Pangkor yang telah dilaksanakan sebanyak 39 siri untuk tahun ini.

Kerjasama tiga negara penting demi kelancaran perdagangan di Selat Melaka
Kerjasama erat antara Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah penting dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan di Selat Melaka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

Dua bot berdaftar di Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia
Dua bot Malaysia dengan pendaftaran PKFB 1269 dan PKFB 1280 dikesan di Selat Melaka pada 8 Jun lalu.
![[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang [KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51634444783_UScarrierstrike.jpg)
[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?

AUKUS: Malaysia, negara ASEAN perlu sentiasa nyatakan kegusaran
Keadaan di rantau Asia Tenggara masih stabil malah pendekatan negara-negara di rantau tersebut dalam aspek keselamatan di Selat Melaka terbukti sangat berjaya.

MASTEX 2021: Pandemik bukan penghalang kerjasama, diplomasi pertahanan
Eksesais bilateral tahunan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka berakhir semalam.