MELAKA: Kerosakan enam daripada tujuh mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan mula dibaik pulih hari ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata pembaikan itu membabitkan kos lebih RM1 juta dan kementerian tidak mempunyai halangan untuk meluluskan sebarang baik pulih yang dikemukakan daripada mana-mana agensi atau jabatan setakat ini.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Integriti Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) dengan Pertubuhan Kastam Sedunia (WCO) dan Regional Office for Capacity Building (ROCB) di Bukit Baru, yang turut dihadiri Ketua Pengarah JKDM Datuk Zazuli Johan.
Sementara itu, Zazuli berkata kawalan agensi berkenaan di KLIA tidak hanya bergantung kepada mesin pengimbas semata-mata, malah beberapa cara turut digunakan JKDM dalam melindungi keselamatan di pintu masuk utama negara.
Beliau berkata antara kaedah digunakan ialah pemerhatian pegawai di lapangan terbang terhadap kehadiran penumpang yang baru tiba dari mana-mana negara di lapangan berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata beliau mendapati hanya satu daripada tujuh pengimbas barangan sahaja beroperasi di KLIA dan beliau mahu keadaan itu diperbaiki segera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata beliau mendapati hanya satu daripada tujuh pengimbas barangan sahaja beroperasi di KLIA dan beliau mahu keadaan itu diperbaiki segera. - Gambar fail
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
ASEAN catat pertumbuhan perlahan pada Januari - SP Global
SP Global berkata landskap pekerjaan kembali stabil, manakala tekanan harga terus mereda, dengan kos operasi dan caj meningkat pada kadar paling perlahan, masing-masing dalam tempoh 18 dan empat bulan.
Myanmar giat pemuliharaan Harimau Bengal
Di sebalik pelbagai cabaran domestik yang mendesak, Myanmar berjaya mengekalkan kira-kira 20 ekor Harimau Bengal, juga dikenali sebagai Harimau India - bukti kepada program pemuliharaan yang berkesan.
Singapura seru pekerja asing laporkan kes sogokan segera
Kementerian tenaga manusia Singapura pada Isnin menggesa pekerja asing untuk segera melaporkan kes wang sogokan susulan pendedahan membabitkan sebuah syarikat kontraktor yang mengenakan bayaran haram sebagai syarat pembaharuan pas kerja.
Tiga termasuk satu warga Britain ditahan bersama 61.3 kg dadah di KLIA
Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
DOF tegas tidak pernah jemput mana-mana individu jalani latihan di Akademi Perikanan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah menjemput atau melibatkan mana-mana individu, untuk menjalani latihan di Akademi Perikanan Malaysia.
Sindiket penyeludupan vape berkait rangkaian antarabangsa
Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) yang tumpas baru-baru ini dipercayai mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran tidak benar bagi mengelirukan pihak berkuasa negara ini.
Enam pegawai terlibat sindiket seludup vape ditukarkan ke bahagian tidak kritikal
Enam pegawai JKDM yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai melibatkan rokok elektronik (vape) baru-baru ini, telah ditukarkan ke bahagian tidak kritikal.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Mercedes-Benz dan MAG sediakan kenderaan mewah antara terminal di KLIA
Mercedes-Benz Malaysia dan Malaysia Aviation Group, telah memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal peribadi yang eksklusif, bagi meningkatkan pengalaman perjalanan mewah bagi pelanggan elit.
Masuk kawasan larangan KLIA, penulis warga UK didenda RM700
Seorang penulis bebas warga United Kingdom didenda RM700 atas pertuduhan memasuki kawasan larangan di KLIA.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.