Kertas kerja berhubung reformasi sistem pilihan raya yang antaranya mencadangkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan wanita dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang akan dibentangkan ke Kabinet.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata ketika ini perbincangan dan sesi keterlibatan dengan agensi serta pihak berkaitan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat diadakan berhubung cadangan penyertaan 30 peratus wanita dalam pilihan raya.
"Program dan bengkel diadakan untuk melihat bagaimana polisi kita akan bergerak dari sistem pilihan raya sekarang ke satu sistem yang membolehkan lebih ramai wanita untuk bertanding," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri program "Women Fest Conference 2019- Women and Girls in Science" di sini pada Selasa.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR sebelum ini pernah mencadangkan perubahan dalam sistem pilihan raya negara, antaranya mewujudkan kuota 30 peratus kerusi diperuntukkan kepada calon wanita.
Zuraida seterusnya berkata beberapa kajian menunjukkan bahawa 'gender diversity' dan penyertaan wanita akan menyumbang kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar, dan menurutnya kerajaan akan terus komited ke arah meningkatkan penglibatan wanita dalam peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran 30 peratus yang ditetapkan.
Beliau berkata PRU yang lepas menyaksikan hanya 13 peratus daripada calon yang bertanding adalah dari kaum wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2019

ZURAIDA: Beberapa kajian menunjukkan bahawa 'gender diversity' dan penyertaan wanita akan menyumbang kepada enam peratus daripada KDNK. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Gerakan tampil lebih ramai wanita jadi calon PRU15 - Timbalan Presiden
Oh berkata, parti percaya bahawa ahli wanita Gerakan mempunyai kebolehan dan potensi yang sama untuk ditonjolkan.

Maksimum 30 peratus pekerja sektor awam dibenar masuk pejabat
Bermula 22 Oktober 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, maksimum 30 peratus pekerja sektor awam sahaja dibenarkan berada di pejabat.

Perkasa wanita: Kerajaan PH jauh lebih progresif - Haniza
Kerajaan negeri dan persekutuan diharap dapat mempertimbangkan seorang wanita di setiap negeri untuk dilantik sebagai Ahli Dewan Negara.

Kertas kerja 30 peratus wanita jadi calon PRU ke Kabinet
Perbincangan dan sesi keterlibatan dengan agensi serta pihak berkaitan giat diadakan berhubung cadangan penyertaan 30 peratus wanita dalam pilihan raya.