Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Pemuda PAS Malaysia kecewa dengan penurunan peratusan A dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah AKR Pemuda PAS Malaysia, Hakim Mohd Nor pada Rabu berkata, peratusan A yang menurun sebanyak 1.26 peratus daripada keputusan tahun lepas berkemungkinan disebabkan oleh ‘tragedi’ kebocoran kertas peperiksaan.
Kebocoran kertas subjek Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Bahasa Tamil sehingga terpaksa diduduki semula pelajar katanya telah memberi bebanan tambahan buat calon peperiksaan.
Justeru AKR Pemuda PAS Malaysia menggesa pihak kerajaan perlu segera mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku agar ia tidak berulang lagi di masa hadapan.
“Kejadian ini cukup memalukan dunia pendidikan di negara ini. Malah jauh lebih penting, tragedi ini telah membebankan anak-anak kita dan menyebabkan mereka menanggung akibat daripada kelalaian pihak yang tidak bertanggungjawab” kata kenyataan itu.
Sementara itu, Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan, penurunan Gred Purata Nasional (GPN) 0.02 tiada kaitan dengan kebocoran beberapa kertas soalan UPSR, sebelum ini.
Tegasnya, perkara itu disebabkan oleh peratusan kesukaran bagi kesemua mata pelajaran itu ditingkatkan.
Astro Awani
Wed Nov 26 2014
UPSR 2014: Peratusan A menurun sebanyak 1.26 peratus daripada keputusan tahun lalu. -Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Kertas peperiksaan bocor punca penurunan peratusan A dalam UPSR?
Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Pemuda PAS Malaysia kecewa dengan penurunan peratusan A dalam keputusan UPSR 2014.