Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ditutup esok.
Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad dalam satu kenyataan berkata tindakan itu berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan pada paras yang sangat tidak sihat hari ini.
Beliau menjelaskan peperiksaan berkenaan hanya akan bermula pada Selasa ini menerusi kertas Bahasa Arab (Kod BA02) pada pukul 2.40 petang dan tarikh baharu bagi kertas pertama peperiksaan itu akan diumumkan semula dalam masa terdekat.
Ahmad Zaki turut meminta semua pentadbir sekolah yang terlibat memaklumkan kepada kepada ibu bapa, calon PSRA dan pihak terlibat berhubung perkara itu secepat mungkin.
Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan tengah hari ini memaklumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta di Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah tutup esok berikutan bacaan IPU yang semakin buruk.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.
Shah Alam mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 239, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (228), dan Pelabuhan Klang (215).
Bernama
Sun Sep 27 2015
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar, setakat pukul 2 petang, tiga kawasan merekodkan IPU sangat tidak sihat berbanding lima pada 11 pagi tadi.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Kutipan khairat tanpa kebenaran MAIS akan diambil tindakan oleh JAIS
Operasi yang bermula 1 Feb lepas dilaksanakan mengikut tiga fasa iaitu Pemakluman, Pemutihan dan Penguatkuasaan.
Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok
Keputusan ini selaras dengan kenyataan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan sekolah di seluruh Semenanjung kecuali Kelantan ditutup selama dua hari berikutan jerebu teruk yang melanda.
Kertas PSRA esok ditangguh, sekolah seliaan JAIS ditutup akibat jerebu
Kertas peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dijadual esok (Isnin) ditangguh ke tarikh lain dan semua sekolah di bawah seliaan JAIS ditutup esok.