SEREMBAN: Kertas siasatan berhubung seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Seremban pada Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata keputusan saringan urin kesemua 15 anggota polis tersebut itu juga telah diperoleh dan mendapati sebahagian mereka positif dadah hasil daripada laporan patalogi.
"Kertas siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, ada beberapa arahan lagi yang perlu diambil tindakan, masih lagi dalam tindakan pihak polis untuk mengemas kini siasatan.
"Keputusan urin mereka juga telah diterima, ada yang positif dan ada yang negatif...keputusan ini daripada ujian patalogi, ia adalah keputusan muktamad," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.
Ahmad Dzaffir berkata tarikh pendakwaan terhadap anggota terbabit belum diketahui dan kesemua yang terlibat masih ditahan kerja hingga siasatan selesai
Sebelum ini, media melaporkan seorang pegawai kanan dan 14 anggota polis ditahan bersama seorang timbalan pendakwa raya dan seorang pendaftar mahkamah dalam serbuan tersebut.
Terdahulu, Ahmad Dzaffir dalam ucapannya berkata Amanita (Peace Lady ) merupakan inisiatif Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyasarkan golongan wanita termasuk suri rumah sebagai rakan polis, iaitu komunikasi dua hala bagi melaksanakan pendekatan lebih proaktif dalam mencegah jenayah kawasan kejiranan.
"Peranan wanita penting dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah berikutan 70 peratus wanita di negara ini adalah suri rumah. Relevannya, masyarakat hari ini harus menghakis mentaliti tidak mahu menjaga tepi kain orang sebaliknya mengambil tahu hal di sekeliling terutamanya melibatkan keselamatan sejagat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023
![Kertas siasatan 15 polis kena serbu di pusat hiburan dirujuk TPR Kertas siasatan 15 polis kena serbu di pusat hiburan dirujuk TPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696930030_TBDZAFFIR.jpg)
Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata sebahagian mereka didapati positif dadah. - Gambar fail
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
![Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024 Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737926503_Philippinefilipina.jpg)
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
![Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727937490_MohamadLazimIsmail.jpg)
Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.
![Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734874269_Anggotapolisdikhua.jpg)
Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.
![Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000 Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
![JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732269577_KetuaPolisNegara.jpg)
JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.
![Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733726233_tbAyobKhanMydinP.jpg)
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
![Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732948984_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.
![Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733184236_TBTabunggas.jpg)
Anggota polis tergamak bunuh ibu kandung, pukul dengan tabung gas
Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berlaku setelah bertengkar dengan mangsa.
![Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732249711_anggotapolisdidak.jpg)
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.