IPOH: Kertas siasatan berhubung insiden bot rekreasi terbalik yang mengorbankan seorang wanita akibat lemas di Teluk Batik, Lumut, 28 Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) negeri pada 24 Nov, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng.
Sandrea berkata hasil semakan TPR, pasukan siasatan kemalangan Jabatan Laut Malaysia (JLM) diminta meneruskan siasatan lanjut bagi proses pendakwaan di mahkamah.
"Pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengarahkan pemberhentian serta-merta kepada pengusaha bot terlibat sehingga lesen aktiviti dikeluarkan bermula tarikh kejadian.
"MPM juga telah mengeluarkan notis arahan keselamatan kepada semua pengusaha dan juga pemakluman bagi menghentikan operasi sementara dalam tempoh penyiasatan isu tersebut," katanya ketika sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
'Beliau menjawab soalan Datuk Yunus Jamahri (PN-Kuala Kurau) yang mahu tahu apakah tindakan yang diambil terhadap pengusaha bot rekreasi terbabit dan langkah supaya kejadian tersebut tidak berulang.
Pada 28 Ogos lepas, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, yang berasal dari Parit Buntar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Manjung apabila bot yang dinaikinya bersama beberapa lagi pelancong terbalik.
Siasatan mendapati mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian berlaku dan pengoperasi bot rekreasi terbabit tidak mempunyai lesen yang sah.
Susulan itu suami mangsa Mohammad Hafiz Johari, 31, kemudian bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkaitan insiden terbabit.
Sementara itu, Sandrea berkata pada masa kini, JLM menempatkan anggota pada hujung minggu dan cuti umum di kawasan peranginan sekitar Lumut bagi memastikan bot digunakan untuk aktiviti pelancongan adalah bot berlesen dan semua pemandu bot serta penumpang memakai jaket keselamatan.
"Bot-bot yang beroperasi juga dipastikan membawa penumpang tidak lebih 12 orang," katanya.
Katanya MPM juga telah meningkatkan rondaan di kawasan pantai dan sentiasa mengingatkan serta menegaskan kepada pengusaha bot mewajibkan pemakaian personal floating device (PFD) kepada penumpang.
"Selain itu, penggunaan siar raya (speaker) juga turut diguna pakai bagi memaklumkan pelancong untuk sentiasa berhati-hati selain poster keselamatan juga diteruskan bagi memberi kesedaran kepada pelancong terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum," katanya.
Untuk berita terkini, ikuti kami di WhatsApp Astro AWANI
Bernama
Thu Dec 07 2023

Pada 28 Ogos lepas, Nurul Afiqah Abdullah Sani, 34, yang berasal dari Parit Buntar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Manjung apabila bot yang dinaikinya bersama beberapa lagi pelancong terbalik. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.

Kertas siasatan insiden lemas di Teluk Batik dirujuk kepada TPR - Exco
Kertas siasatan berhubung insiden bot rekreasi terbalik yang mengorbankan seorang wanita akibat lemas di Teluk Batik, Lumut, 28 Ogos lepas telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Dua beranak cedera disengat ubur-ubur di Pantai Teluk Batik
Dua beranak cedera akibat terkena sengatan ubur-ubur ketika mandi di Pantai Teluk Batik, Manjung, di sini hari ini.

Suami mangsa lemas reda kehilangan isteri, dakwa bot terbalik dipandu laju
Suami kepada seorang wanita yang meninggal dunia hari ini selepas terlibat dalam kejadian bot terbalik di Pantai Teluk Batik, Lumut semalam, redha kehilangan isteri tersayang.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Teluk Batik
Mangsa dikatakan sering meracau dan telah keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak dua hari lepas.

Warga emas maut selepas berenang di Teluk Batik
Miskam Kadar, 66, dari Ipoh, meninggal dunia selepas rebah dan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 7.17 malam di lokasi kejadian.