SHAH ALAM: Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes dua individu yang ditahan kerana disyaki menggodam papan menu elektronik di beberapa restoran makanan segera di Kuala Langat, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi, dan kedua-dua individu itu dicadangkan untuk dituduh.
"Dua lelaki yang direman empat hari bermula Khamis lepas berhubung kes ini telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya pada sidang media berhubung pelupusan barang rampasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Selasa lepas, seorang pengurus sebuah restoran makanan segera membuat laporan polis memaklumkan papan menu makanannya digodam, apabila dengan tiba-tiba gambar yang dipaparkan berubah kepada gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan "Proud Sponsors of Israeli Terorrism".
Susulan itu, polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan menahan dua lelaki berumur 26 tahun di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.
Sementara itu Hussein berkata polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan banjir bagi memastikan tiada kejadian pecah rumah berlaku apabila penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara (PPS).
Beliau berkata sehubungan itu orang ramai tidak perlu risau untuk berpindah sekiranya diarah berbuat demikian, dan polis memberi jaminan akan meningkatkan rondaan di tempat dinaiki air bagi mengelakkan kejadian jenayah seperti pecah rumah.
Setakat pagi ini jumlah mangsa banjir di Selangor ialah 673 orang daripada 170 keluarga berbanding 547 orang daripada 144 keluarga malam tadi, melibatkan kawasan Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang, Kajang dan Subang Jaya.
Sementara itu Hussein berkata 1,991.26 kilogram dadah pelbagai jenis termasuk methamphetamine, heroin, ketamin, pil ekstasi serta 4,603 liter cecair dadah dengan nilai keseluruhan RM42.26 juta telah dilupuskan hari ini.
Beliau berkata barang-barang ini dirampas dalam kes-kes yang melibatkan 9,142 kertas siasatan dari tahun 2016 hingga 2023.
Sementara itu beliau berkata 18, 911 orang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini dan polis merampas dadah bernilai RM306.31 juta dalam tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 07 2023

Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya tidak lama lagi, dan kedua-dua individu itu dicadangkan untuk dituduh. - Gambar fail
1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan - Fahmi
Dari tahun 2022 sehingga 15 Februari 2025, sebanyak 1,993 kandungan media sosial bersifat lucah telah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurut Akta 588.
KPDN, JAKIM pertimbang keperluan naikkan hukuman
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) sedang berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi melihat keperluan untuk meningkatkan hukuman kesalahan berkaitan penyalahgunaan logo halal.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.
Kepincangan, penyakit sosial berlaku kerana manusia sudah hilang adab
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki sistem perundangan tidak membawa sebarang makna.
Sultan Nazrin tegur pihak salah guna masjid, surau sebar fitnah, dakyah politik
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran terhadap pihak yang menyalahgunakan masjid dan surau bagi menyebarkan dakyah berbaur fitnah serta kepentingan politik kepartian.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Dua warga Kemboja ditahan disyaki melombong emas secara haram
Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.

Empat kampung di Tanah Merah dijangka banjir hari ini hingga 27 Feb
Empat kampung yang terletak berhampiran lembangan Sungai Golok di Tanah Merah dijangka mengalami banjir mulai hari ini hingga Khamis.
Tiga bekas pegawai Ismail Sabri akan dibebas dengan jaminan petang ini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan, tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

Kertas siasatan kes godam papan menu elektronik lengkap - Polis
Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes dua individu yang ditahan kerana disyaki menggodam papan menu elektronik di beberapa restoran makanan segera di Kuala Langat, dekat sini baru-baru ini.