Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
"Kita tahu dia (Rahim) ada beberapa kali memohon maaf kerana kenyataannya tetapi itu terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk menyiasatnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Tan Sri Yuen Yuet Leng, yang meninggal dunia semalam, di Pusat Xiao En, Jalan Kuari, Cheras, di sini, hari ini.
Khalid berkata polis menerima beberapa laporan polis berhubung kes berkenaan.
Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad.
Pada 30 Sept lalu, Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah menukar agama.
Bernama
Fri Oct 02 2015

Beberapa laporan media sebelum ini melaporkan Abdul Rahim (gambar) telah memuat naik status di laman sosial miliknya mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah murtad. - Gambar Fail

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Pekerja boleh kemuka keterangan ikut keadaan sahkan majikan desak letak jawatan
Keterangan mengikut keadaan atau circumstantial evidence boleh dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah Perusahaan sebagai bukti wujudnya desakan daripada majikan kepada pekerja untuk meletakkan jaw

PRU15: UMNO tidak akan menang lebih 50 kerusi - Rahim Thamby Chik
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata UMNO ibarat sebuah rumah besar namun sudah buruk, berlubang, dipenuhi anai-anai dan sukar untuk dibaiki.

Kes Rahim Thamby Chik didakwa siar penerbitan menghasut disebut semula 1 Mac
Hakim Slamat Yahya menetapkan tarikh itu sementara menunggu keputusan representasi kes berkenaan yang difailkan pihak pembelaaan Abdul Rahim pada 17 Disember tahun lepas.

Kertas siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Melaka selesai - Khalid
Polis Diraja Malaysia telah menyelesaikan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang mendakwa kononnya Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Dewan Diraja Selangor nafi Raja Muda menukar agama
Dewan Diraja Selangor menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung pertukaran agama oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.