KUALA LUMPUR: Seorang peguam menyeru kerajaan supaya menghentikan semua pendakwaan yang disifatkan sebagai bermotif politik di negara ini, jika mahu melahirkan Malaysia baharu yang lebih adil dan saksama.
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, pendakwaan bermotifkan politik didakwa sudah menjadi normal dalam budaya politik Malaysia.
Menyentuh mengenai kes Timbalan Ketua Bahagian, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, beliau berkata pertuduhan tersebut juga dilihat lebih kepada pendakwaan bermotifkan politik.
"Kita mahu menyeru kerajaan supaya menghentikan semua pendakwaan yang disifatkan bermotifkan politik di negara ini.
"Ini kerana rakyat juga sudah muak dan bosan apabila dihidangkan dengan pendakwaan politik yang terpilih," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Khairul berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.
Keadaan tersebut lebih-lebih lagi, katanya apabila Pejabat Peguam Negara dilihat tidak bebas dan tunduk kepada individu tertentu.
"Jika parti A menang, maka ada sahaja pemimpin parti B yang dipertuduhkan di mahkamah. Manakala pemimpin parti A yang sudah pun didakwa akan dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja," katanya lagi.
Media semalam melaporkan Adam Radlan, yang juga Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd itu didakwa atas enam pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM3.7 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada 9 November lalu.
Begitu pun, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.
Mengikut semua pertuduhan, tertuduh didakwa memindahkan wang itu dari akaun CIMB Bank Berhad milik Syarikat Bayu Bumiraya ke akaun miliknya dan tiga individu lain antaranya Nabilah Mahiaddin dan Ameer Azlan Mohd Ayob.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Jaya One, di sini antara 1 Disember 2021 hingga 27 Disember 2022.
Sementara itu, Adam Radlan dalam kenyataan berasingan menegaskan beliau yakin keadilan akan ditegakkan selepas mendakwa menjadi mangsa pendakwaan politik.
Hasimi Muhamad
Wed Nov 29 2023

Mohd Khairul Azam berkata, pendakwaan bermotifkan politik didakwa sudah menjadi normal dalam budaya politik Malaysia. - Gambar/FB Azam Aziz
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh lagi ke 9 Julai
Selain 9 Julai, mahkamah turut mengekalkan tarikh perbicaraan pada 10 dan 11 Julai, 22 hingga 24 Julai dan 5 hingga 7 Ogos 2024.

Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan ditangguh ke 10 Jun ini
Perbicaraan kes Adam Radlan yang menghadapi 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 10 Jun.

Mahkamah benar lima pertuduhan rasuah Adam Radlan dibicara bersama
Mahkamah memutuskan supaya lima pertuduhan rasuah berkaitan Program Jana Wibawa yang dihadapi Adam Radlan, dibicarakan bersama.

Pendakwaan ahli politik bersifat balas dendam, ugutan - Pekemas
Faizan berkata perkara sedemikian disifatkan sebagai tidak sihat.

Kes Adam Radlan: Hentikan pendakwaan politik - Peguam
Mohd Khairul Azam berkata pendakwaan bermotifkan politik tidak baik untuk persepsi rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

'Berjuang habis-habisan, berani kerana benar' - Adam Radlan
Pada 9 November lalu, Adam Radlan, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datuk Anita Harun.

Adam Radlan akan didakwa lagi pertuduhan pengubahan wang haram minggu depan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad akan didakwa lagi atas pertuduhan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram di Mahkamah Sesyen Shah Alam minggu hadapan.

Kes Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa lagi
Adam Radlan didakwa atas pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM2 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Kes rasuah Jana Wibawa: Adam Radlan hadapi dua lagi pertuduhan
Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan.