GABUNGAN Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) memandang penularan penulisan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkenaan dengan rentetan insiden yang mengakibatkan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai sesuatu yang menyeleweng dan terpesong daripada fakta sebenar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Koroner Shah Alam pada 27 September 2019.
Tan Sri Tommy Thomas dalam buku memoirnya ‘ My Story: Justice in the Wilderness’ telah mengatakan, antara lain, kononnya:
i. Kecederaan Adib adalah diakibatkan pengunduran kenderaan Bomba dan kenderaan yang dinaiki Adib. Adib dilihat cuba memasuki kenderaannya dan ketika itulah beliau dihimpit (“pinned down”). Maka ia tidak disengajakan.
ii. dapatan koroner Rofiah Mohamad adalah luar biasa kerana polis telah memaklumkan Tommy Thomas bahawa kemungkinan berlaku perbuatan khianat telah diketepikan sebagai penyebab kematian Muhammad Adib.
iii. Beliau juga merasa terkejut apabila mengetahui bahawa peguam Syazlin Mansor juga mewakili keluarga Muhammad Adib untuk siasatan mengenai kematiannya. Sedangkan Syazlin juga mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Oleh itu, dia menghubungi menterinya Zuraida Kamaruddin untuk meminta agar pelantikan Syazlin sebagai wakil dibatalkan.
Sedangkan fakta dan realiti sebenar seperti yang telah diperakui dalam dapatan Mahkamah Koroner Shah Alam, termasuklah:
1) Muhammad Adib berasa di dalam kenderaan van bomba Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang berada di belakang jentera pemadam api;
2) Daripada keterangan dan bukti rakaman video, Muhammad Adib berada di dalam van bomba semasa van ini dan jentera pemadam api diserang oleh perusuh;
3) Van ini sedang dalam keadaan mengundur dan Muhammad Adib yang berada di tempat duduk penumpang hadapan telah membantu pemandu van dengan melihat ke cermin sisi. Pada ketika inilah Muhammad Adib telah ditarik ke luar van oleh perusuh;
4) Pada masa Muhammad Adib ditarik keluar, lebih daripada seorang perusuh telah menendang kuat ke arah pintu van sehingga menyebabkan tulang rusuk Muhammad Adib rosak;
5) Perusuh kemudian mencampakkan Muhammad Adib ke arah belakang van yang sedeng mengundur, yakni tepi pintu penumpang sehingga menyebabkan tulang belakangnya patah di beberapa tempat;
6) Sehari atau dua sebelum kematian Muhammad Adib, beliau mampu bercakap dengan baik dan telah mengaku kepada petugas di unit rawatan rapi yang menjaganya bahawa beliau telah ditarik keluar dan dibelasah. Perkara yang serupa turut dimaklumkan kepada ketua balai tempat Muhammad Adib bertugas semasa beliau melawat Muhammad Adib pada hari tersebut.
Tiada sebab kenapa arwah Adib hendak menipu.
Selain itu, Tan Sri Tommy Thomas selaku Peguam Negara juga maklum tentang perlantikan Syazlin sejak hari pertama perlantikan lagi. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan sehinggalah tindakan Syazlin bertentangan dengan pendirian Tan Sri Tommy Thomas semasa inkues.
Penulisan Tan Sri Tommy Thomas dalam buku autobiografinya itu memberikan impak yang sangat menyeleweng kerana membenarkan kepalsuan berleluasa tanpa menghargai pengorbanan nyawa oleh seorang adiwira negara.
MACSA dan PPMM khuatir, kegagalan Tan Sri Tommy Thomas untuk memetik fakta sebenar akan merendah-rendahkan nilai dan harga nyawa barisan hadapan negara yang bermatian demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
Malah, rentetan peristiwa yang mengakibatkan kematian Muhammad Adib adalah sejarah hitam dalam keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia.
Realitinya, Muhammad Adib terkorban ketika menjalan tugas sebagai ahli Unit EMRS, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dalam insiden rusuhan kaum di Kuil Sri Mariamman. Kematian beliau terpalit dengan isu perkauman apabila ada pihak yang menutup dan memesongkan fakta sebenar sehingga timbul keperluan untuk mengadakan inkuiri menyiasat punca kematiannya. Proses ini yang berjalan dengan penuh tertib akan menjadi tidak bernilai jika Tan Sri Tommy Thomas dibenarkan untuk terus mengeluarkan kenyataan menyeleweng dalam memoirnya.
Tan Sri Tommy Thomas sebagai peguam negara sepatutnya mengetahui maklumat dari pihak polis tidak konklusif berbanding dgn penemuan fakta oleh koroner yang telah melalui proses undang undang dan dibuktikan. Adalah tidak munasabah dan tepat beliau bergantung semata-mata ke atas maklumat polis.
MACSA dan PPMM dengan itu menjemput semua pihak, termasuklah bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas untuk menghormati bukan saja keputusan inkuiri yang telah dibuat oleh Mahkamah Koroner tetapi lebih utama lagi, pengorbanan nyawa seorang anak muda yang sehingga kini masih belum terbela.
MACSA dan PPMM juga mendesak Kerajaan untuk membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian Muhammad Adib. Di bawah Artikel 3, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR), setiap orang mempunyai hak untuk hidup dengan bebas dan selamat. Menjadi tanggungjawab Kerajaan Malaysia untuk memastikan hak ini terpelihara dan jika wujud pelanggaran kepada hak ini, pihak yang melanggar hak ini harus dipertanggungjawabkan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa.
Lukman Sheriff Alias
Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar
Pengerusi Bersama Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA)
Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Kenyataan Media
Fri Feb 05 2021

MACSA dan PPMM mendesak Kerajaan membuka semula kertas siasatan terhadap perusuh yang telah menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. - Gambar fail

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Kes Adib: Tommy Thomas janji lakukan pendakwaan lepas siasatan selesai
Jabatan Peguam Negara berjanji dan memberi jaminan untuk meneliti dan meneruskan prosedur undang-undang berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim secara profesional