Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mati mengejut dan sedang menunggu keputusan bedah siasat mengenai kes berkenaan buat masa ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata pihaknya masih menantikan laporan penuh bedah siasat kedua-dua anggota itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
Tian Kee berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa, Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatuiman Mohd Shukri, 26, yang ditahan di Pusat Komunikasi Sg Wangi, Sitiawan semalam.
BACA: "Mama jangan risau, selepas tahanan papa selesaikan semua"
Tian Kee juga memberikan maklumat mengenai sesi latihan yang dijalani oleh kedua-dua anggota yang meninggal dunia tersebut.
“Kedua-dua si mati bukan kawan atau kenalan dan kedua-duanya bertugas di unit berlainan, manakala jenis latihan adalah orientasi mengikut Standard Pematuhan Piawaian (SOP) bagi tahanan yang dirujuk ke pusat tersebut,” katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan di sini,hari ini.
Menurut Tian Kee, siasatan awal mendapati Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat telah dijatuhi hukuman selama 45 hari bermula pada 27 September lepas berikutan kegagalan beliau untuk hadir dalam tugas perkhidmatannya.
“Nik Muhammad telah dimasukkan di Bilik Tahanan Unit TLDM Sungai Wangi pada 28 September lepas kerana beliau berhadapan dengan pertuduhan tidak hadir dalam sesuatu tugas perkhidmatan yang bertentangan dengan Seksyen 58 Angkatan Tentera 1972," katanya lagi.
Sementara itu, Tian Kee menjelaskan Muhammad Lailatuman pula berdepan kesalahan tidak hadir bertugas tanpa kelulusan cuti dan menjadi tumpangan sementara di bilik tahanan Unit TLDM Lumut sebelum dhantar ke Kuala Lumpur.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota yang terlibat dalam kejadian sekitar 3.15 petang itu difahamkan menjalani kesemua latihan fizikal mengikut prosedur yang ditetapkan.
Jurucakap TLDM dalam kenyataan itu berkata, kedua-dua anggota itu mengadu kepenatan sewaktu dalam sesi sebelum direhatkan dan seterusnya dimasukkan semula ke dalam bilik tahanan.
Nazialita Geynna Maharan
Sat Sep 30 2017

Gan (gambar) berkata buat masa ini pihaknya masih menantikan laporan penuh bedah siasat kedua-dua anggota itu dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). - Gambar fail
Pope Francis kini stabil dan bebas demam
Menurut kemas kini oleh Vatican pada Isnin, Pope Francis kini tidak lagi memerlukan alat bantuan pernafasan dan sudah bebas daripada demam
Hanya sebab tutup suis televisyen suspek mengamuk bunuh ibu
Lelaki OKU mental berkemungkinan mengamuk selepas ibunya yang berusia 68 tahun dikatakan menutup suis televisyen dan memintanya makan ubat penenang.
JPM lokasi pertama Program Ihya’ Ramadan dihadiri PM
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam mengikuti tazkirah yang disampaikan mufti wilayah persekutuan prof madya dr luqman abdullah bertajuk puasa dan hikmah madani: keseimbangan material dan spiritual, bersama kira-kira 400 warga JPM.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal 3.8 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Ia sejajar dengan komitmen utama kerajaan MADANI untuk mengurangkan kadar defisit secara berperingkat dan konsisten.
Agenda AWANI: Dihimpit sekatan, ini Ramadan di Gaza
Rundingan bagi fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel menemui jalan buntu dengan terbaharu sekatan terhadap bantuan kemanusiaan menambahkan lagi cabaran buat usaha membina semula Gaza apatah lagi umat Islam ketika ini menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan? Diskusi 8.30 malam
Lindung kilang haram, SPRM beku 61 akaun bank
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 61 akaun bank yang dikaitkan dengan operasi sisa elektronik haram dalam Op Hazard, baru-baru ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pembekuan itu membabitkan kira-kira RM15 juta.
Wang tunai RM170 juta, jongkong emas ditemui dalam peti besi
Wang tunai berjumlah RM170 juta dengan pelbagai mata wang asing dan 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta ditemui di sebuah kondominium yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua barang rampasan itu ditemui dalam tiga peti besi di kediaman yang disewa.
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat
Kementerian Kerja Raya telah meluluskan 16 arahan kerja bernilai RM47.45 juta, bagi membaik pulih Jalan Persekutuan di Kota Marudu, Kota Belud dan Kudat yang mengalami kerosakan teruk.
Kerajaan cadang peluasan fungsi sistem eCOSS
Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) perlu dibentangkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mendapatkan pandangan yang lebih mendalam
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..
menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, datuk armizan mohd ali berkata, selepas itu baru ia akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan..

Tempoh tahanan bekas presiden Kyrgyzstan, Atambayev dilanjutkan
Bekas presiden itu disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah, kini berada dalam tahanan selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 8 Ogos lalu.

Kes anggota TLDM meninggal dunia diklasifikasi sebagai mati mengejut - Polis
Polis mengklasifikasikan kes kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai mati mengejut.