KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Sesyen hari ini berang susulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya tidak berada di mahkamah pada perbicaraan kes yang ditetapkan pada 9.30 pagi.
Hari ini, Siti Bainun menyambung keterangannya pada prosiding membela dirinya atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Di awal prosiding, Izralizam bertanyakan kepada pembantu peguam, Siti Zulaikha Zulkifli yang berada dalam bilik bicara mahkamah di mana peguam Mohammad Farhan Maaruf.
"Peguam bela di mana? Semalam saya telah tetapkan pukul berapa? 9.30 pagi betul? Awak ingatkan sikit anak guam awak (Siti Bainun). Dia adalah Orang Kena Tuduh (OKT), semalam lambat, hari ini lambat."
Siti Zulaikha kemudian memaklumkan Siti Bainun sudah tiba di mahkamah namun dia mungkin pergi ke tandas.
Ketika ini Siti Bainun dilihat memasuki galeri awam dan hakim itu meminta Siti Bainun memasuki kandang tertuduh.
Izralizam: "OKT (Orang Kena Tuduh), kamu pergi mana tadi? Saya sudah kata semalam kes bermula pada 9.30 pagi. Kenapa kamu keluar. Sepatutnya kamu berada dalam mahkamah. Saya dah masuk, timbalan pendakwa raya dah masuk, kenapa kamu tidak boleh?
Siti Bainun: "Saya ada dekat luar. Jawab panggilan. Saya tidak dengar mahkamah sudah bermula."
Hakim itu kemudiannya mengingatkan semua pihak supaya menetapi masa.
Semasa prosiding hari ini juga Izralizam menegaskan bahawa tiada isu yang boleh memperjudiskan Siti Bainun dalam prosiding membela dirinya itu.
Beliau berkata, walaupun Siti Bainun, 31, mempunyai hak untuk melantik, memilih dan menukar peguam namun, penukaran peguam di saat akhir semasa tarikh perbicaraan ditetapkan telah menjejaskan perjalanan kes itu di mahkamah.
"Saya ingin memberi peringatan kepada peguam, supaya berhati-hati dalam mengemukakan hujahan dan pernyataan yang merujuk kepada dakwaan bahawa tertuduh seolah-olah tidak diberikan peluang menjawab hujahan pendakwaan dan seolah-seolah diprejudiskan ketika perbicaraan pembelaan dijalankan kerana Siti Bainun tidak diwakili peguam.
"Saya percaya ia merujuk kepada tarikh perbicaraan pada 26 dan 27 Jan lepas kerana pada tarikh itu peguam tiada selepas menarik diri daripada mewakili Siti Bainun. Untuk ingatan peguam, pada dua tarikh itu, saya hanya mengarahkan tertuduh membaca pernyataan saksi dan pernyataan saksi tambahan yang tidak dibantah oleh pihak pendakwaan," katanya sebelum perbicaraan kes Siti Bainun itu bemula.
Semalam, Siti Bainun melantik semula peguam Mohammad Farhan untuk mewakilinya dalam prosiding membela diri selepas peguam itu dan empat peguam lain menarik diri daripada mewakili tertuduh.
Sementara itu, Izralizam berkata, pernyataan saksi tersebut telah disediakan oleh lima peguam yang mewakili Siti Bainun sebelum ini termasuk Mohammad Farhan dan ia telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Saya percaya kamu (Mohammad Farhan) sebahagian daripada peguam yang sediakan pernyataan saksi-saksi itu. Jadi, tiada isu yang boleh memprejudiskan tertuduh kerana pernyataan yang dibantah pendakwaan, saya tangguh sehingga tertuduh diwakili peguam. Saya telah berulang kali menyatakan perkara itu kepada tertuduh (Siti Bainun) dan pada 27 Jan lepas, Siti Bainun telah selesai membaca pernyataan saksi yang tidak dibantah," kata Izralizam.
Selain itu, Izralizam memberi amaran kepada Siti Bainun bahawa mahkamah telah merekodkan wanita itu telah tiga kali melantik peguam dan meminta supaya Siti Bainun mematuhi serta menghormati arahan mahkamah itu.
Perbicaraan bersambung petang ini. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2023

Hakim Mahkamah Sesyen hari ini berang susulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dan peguamnya tidak berada di mahkamah pada perbicaraan kes yang ditetapkan pada 9.30 pagi. - Gambar fail BERNAMA

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Lapan alasan hakim jatuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Siti Bainun
Berdasarkan jawapan OKT, jelas membuktikan kecederaan Bella bukan disebabkan insiden kemalangan terkena air panas.

Kes Bella: Siti Bainun ke Penjara Kajang jalani hukuman penjara 12 tahun
Bagi pertuduhan mengabai, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun manakala bagi pertuduhan menganiaya, hukuman penjara 12 tahun.

Siti Bainun didapati bersalah kes abai, aniaya Bella
Pembelaan tertuduh tidak dapat dipercayai atau diterima dan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kes Bella: Siti Bainun nafi gaul cili beri makan pada Bella
Kata Siti Bainun, dakwaan saksi Suhana Zam tidak benar kerana dia tidak pernah mengambil peduli mengenai keadaan anak-anak jagaannya.

Kes Bella: Hakim berang tunggu Siti Bainun, peguam
Siti Bainun berada di luar mahkamah jawab panggilan ketika hakim sudah masuk untuk memulakan prosiding.

Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasama kongsi maklumat
Pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda dinasihat berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelarasan saksi.

Mulut Bella disumbat kain, saksi takut beritahu polis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mulut remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, disumbat dengan kain.

Che' Puan Khaleeda santuni Bella, rakan-rakan di Legoland
Dalam perkongsian di laman media sosial, Che' Puan Khaleeda dilihat mesra bersama Bella sambil berkongsi cerita dengannya.

Kes Bella: Selepas TMJ, Bantu-Bantu Malaysia pula cadang tujuh penambaikan elak kes berulang
Antara cadangan adalah penambahan kakitangan terutama di Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan JKM dan tapisan terhadap Taska.

Siti Bainun mula marah, pukul selepas Bella tarik langsir - Saksi
Saksi berkata, sejak kejadian itu, Siti Bainun mula marah-marah dan memukul Bella, namun dia tidak mengetahui motif tertuduh mahu mendera Bella.