Empat pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, di sini yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar tingkatan tiga sehingga menyebabkan mangsa sukar membuang air kecil dikenakan hukuman buang sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria berkata, tujuh lagi pelajar yang dipercayai turut terlibat dalam kes itu akan digantung antara seminggu dan dua minggu.
Katanya, kesemua pelajar terbabit berusia 15 hingga 17 tahun.
"Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) telah bermesyuarat dan mencadangkan empat pelajar tersebut diberhentikan manakala dua lagi pelajar digantung seminggu dan lima lagi digantung dua minggu.
"Laporan lengkap beserta dengan keputusan mesyuarat telah pun diangkat ke pihak pengurusan sekolah berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini,hari ini.
Tambah beliau, ibu bapa pelajar terlibat juga telah dipanggil serta diberi taklimat berkaitan keputusan yang akan dikenakan oleh pihak pengurusan sekolah.
Difahamkan pada 4 November lalu, mangsa berusia 15 tahun telah dipukul dengan keadaan matanya diikat dengan kain pelikat oleh sekumpulan pelajar yang didalangi seorang pelajar tingkatan lima.
Kejadian sekitar jam 10.30 malam itu berpunca daripada kes kehilangan wang di asrama sekolah terbabit.
Mangsa mengalami kesan lebam dan calar di seluruh badan selain disahkan mengalami kesukaran membuang air kecil akibat kejadian itu.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian merusuh melibatkan pelajar dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Shafiq Noordin
Fri Nov 17 2017
![Kes buli: Empat pelajar sekolah berasrama di Perak dibuang sekolah Kes buli: Empat pelajar sekolah berasrama di Perak dibuang sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81460175272_gaduh.jpg)
MUHAMMAD AMIN memaklumkan empat pelajar sekolah berasrama itu dikenakan hukuman buang sekolah manakala tujuh lagi digantung. - Gambar hiasan
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
Mesir cadang pelan bina semula Gaza
Mesir mengumumkan rancangan untuk mengemukakan cadangan komprehensif bagi membina semula Gaza serta memastikan penduduk Palestin kekal di wilayah mereka.
![Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664850251_depressionAussie.jpg)
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
![Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735985087_MohamedKhaledNordi.jpg)
Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.
![PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81455521193_PLKN.jpg)
PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733924772_MKulasegaran.jpg)
Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.
![Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734243338_AzmanAdnan.jpg)
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
![ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733317616_TBATM.jpg)
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
![Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732856287_Kahar.jpg)
Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!
![Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
![Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731559736_tbKhaledNordin.jpg)
Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.
![KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731422417_UPNM.jpg)
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.