TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCom) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.
Saksi pendakwaan kelapan kes pembunuhan, Shim Vui Nyen (HE), 51, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan itu kerana Mat Zaki dan wanita yang dikenali sebagai Anna Juli atau Ann itu, tidak pernah menyatakan dengan jelas status hubungan mereka.
Ketika diminta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abdul Rahman untuk menjelaskan lanjut, saksi yang juga seorang pemilik kafe di Lahad Datu berkata mereka nampak seperti sepasang kekasih berdasarkan gerak geri mereka.
Rohaiza: "Boleh jelaskan pada mahkamah berdasarkan pengakuan kamu sejak bila mereka nampak sebagai sepasang kekasih?"
Shim : "Saya yang perasan, kadang kala".
Rohaiza: "Boleh jelaskan pada mahkamah, tempoh masa sejak bila mereka dilihat sebagai kekasih?"
Shim : "Selepas minum-minum".
Shim berkata demikian semasa memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu Mat Zaki, enam anggota polis dan seorang orang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Menurut Shim beliau juga pernah bertanyakan kepada wanita itu mengenai status perkahwinannya, yang mana Ann menjawab dia masih bujang.
Menjelas lanjut semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh mengenai hubungan Mat Zaki dan Ann, Shim berkata Ann pernah dilihat memeluk Mat Zaki selepas satu sesi minum-minum.
Pada satu soalan oleh peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi itu berkata Ann pernah menyerang kereta Nurman yang berwarna putih dengan sebatang kayu selepas suatu pertengkaran dalam kafe milik saksi berkenaan.
Shim bagaimanapun bersetuju dengan Ansari bahawa beliau tidak pasti jika pertengkaran itu berkaitan wang yang dipinjamkan kepada Ann oleh mangsa dan belum dibayar balik.
Semasa pemeriksaan semula oleh TPR Khairul Azreem Mamat, Shim memberitahu Ann pernah menghubunginya pada 16 Jan lepas, supaya menghubungi Mat Zaki agar tertuduh tidak membalas mesej yang diterima daripada nombor telefon wanita itu.
Sebaliknya, Mat Zaki boleh membalas mesej yang diterima daripada nombor kod 22298, kata saksi itu.
Perbicaraan depan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Mat Zaki berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama. - Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekas Ketua Perisikan ESSCom didakwa subahat bunuh pemandu e-hailing
Kes bekas Ketua Perisikan ESSCom Datuk Mat Zaki Md Zain dan tujuh lain, yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing, dipindah ke Mahkamah Tinggi.