SHAH ALAM: Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan waktu sebenar kejadian yang mengakibatkan kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan, antara faktor Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja dilepas dan dibebaskan.
Ketua pasukan pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman dalam alasan penghakimannya memutuskan tiada keterangan yang mencukupi untuk membuktikan pertuduhan tersebut.
Jelasnya lagi, terlalu banyak perkara yang tidak menentu, dan keputusan akhirnya pendakwaan tidak buktikan dengan kukuh secara melampaui keraguan munasabah, maka ketiga-tiga individu terbabit dilepas dan dibebaskan,
“Dalam pertuduhan mengatakan waktu kejadian antara 11.30 malam iaitu 13 Jun, 2018 hingga 4.30 pagi 14 Jun. Itu adalah satu ketetapan masa yang dipilih oleh pendakwaan.
“Jadi Hakim buat keputusan bahawa mengikut keterangan, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan Dr Siew Sheue Feng, ia berlaku antara 11 pagi hingga 1 tengah hari 14 Jun, 2018. ini luar daripada jangka masa pertuduhan yang dibuat pendakwaan,” katanya lagi.
Berdasarkan keterangan itu, Muhammad Shafee berkata, pendakwaan gagal untuk menempatkan Samirah bersama dua lagi remaja di tempat kejadian.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memutuskan untuk melepas dan membebaskan Samirah 47, dan dua anaknya masing-masing berusia 16 dan 19 tahun, berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, empat tahun lepas.
Ab Karim ketika membacakan alasan penghakiman berkata, selepas mendengar dan keterangan saksi, pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap mereka.
Dalam pada itu, Muhammad Shafee berkata, beliau mengambil maklum hasrat keluarga Nazrin untuk membuat rayuan, namun yang boleh membuat proses berkenaan hanyalah Pendakwa Raya, iaitu Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sendiri.
“Kita dah memang sedia, seperti saudara lihat kita punya submission bukan sehari, tapi tiga empat hari submission sahaja. Sama juga dengan prosecution.
“Dan bagi saya, kalau ada rayuan daripada pihak pendakwaan, saya rasa kita diberi peluang lagi sekali untuk buktikan ciri-ciri atau ingredient, inti pati pertuduhan ini yang lain-lain dan juga boleh diketepikan mahkamah ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jun 21 2022

Menurutnya, terlalu banyak perkara yang tidak menentu, dan keputusan akhirnya pendakwaan tidak buktikan dengan kukuh secara melampaui keraguan munasabah, maka ketiga-tiga individu terbabit dilepas dan dibebaskan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.

Titah Adendum: Kerajaan perlu mohon maaf kepada rakyat Malaysia - AJK Pas Pusat
Khairil Nizam Khirudin berkata, Kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu mengambil tanggungjawab itu dan meletakkan jawatan.

Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Surat tersebut ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah.

Tidak ada arahan untuk Najib mohon pengampunan baharu - Peguam
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, pihaknya buat masa ini memberi tumpuan meneruskan permohonan berhubung semakan kehakiman melibatkan kewujudan Titah Adendum.

Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.

Kenapa sembunyi titah adendum Najib? - Muhammad Shafee
Peguam Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenapa titah adendum terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disembunyikan.

Kes 1MDB: Hakim tanya peguam Najib beza perbelanjaan peribadi dan politik
Hakim dalam kes 1MDB Najib mengajukan soalan kepada pasukan pembelaan mengenai perbezaan antara perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan politik.

1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap' - Peguam bela
Pasukan pembelaan Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB.

Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.

Najib tarik balik rayuan gugur Hakim Sequerah dengar prosiding kes 1MDB
Najib menarik balik rayuannya untuk menggugurkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar prosiding kes 1MDB.