PUTRAJAYA: Seorang bekas pelajar kolej terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengenepikan sabitan dan hukumannya bagi kesalahan membunuh seorang gengster.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, dalam keputusan sebulat suara, melepas dan membebaskan P. Dhivyaprabu selepas memutuskan bahawa sabitan terhadapnya bagi kesalahan membunuh adalah tidak selamat.
Beliau berkata pengecaman Dhivyaprabu sebagai individu yang menikam mangsa, Muhammad Jeffri Abu Bakar, adalah tidak memuaskan.
Katanya panel itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi telah melakukan penyalaharahan yang serius dalam memenuhi peruntukan Seksyen 300 Kanun Keseksaan dan menilai bukti bagi menyokong dapatan beliau.
Turut bersidang Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan.
Dhivyaprabu, 25, didapati bersalah membunuh Muhammad Jeffri, 22, dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Mei 2019.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pub di Publika Hartamas, Sentul di sini antara 4 hingga 4.15 pagi pada 28 Jan 2017.
Terdahulu, panel itu mendengar hujah peguam Gooi Soon Seng yang menyatakan bahawa Dhivyaprabu dan 10 rakannya termasuk tiga gadis telah ke pub tersebut untuk meraikan hari jadi seorang rakan mereka.
Selepas sesi sambutan hari jadi itu, berlaku pergaduhan dengan satu lagi kumpulan yang menyaksikan kira-kira 20 orang terlibat.
Gooi berkata dalam pergaduhan itu, mangsa telah ditikam dengan sebilah pisau berukuran tiga inci.
Beliau berkata Dhivyaprabu hendaklah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas pengecaman terhadapnya yang dibuat berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Katanya bagaimanapun, hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu telah bergantung kepada rakaman tersebut pada peringkat pembelaan.
Gooi berkata anak guamnya bertindak melarikan diri ke Johor namun kembali selepas mangsa disahkan sebagai seorang gengster terkenal dan beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Muhammad Jeffri.
Turut mewakili Dhivyaprabu ialah peguam Amer Hamzah Arshad, Joshua Tay dan Ooi Pen Lyn manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali dan Muhammad Azmi Mashud.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Dhivyaprabu, 25, didapati bersalah membunuh Muhammad Jeffri, 22, dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Mei 2019.
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Parlimen: Kerajaan akan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.
Mekanik maut terlanggar tayar ganti dalam kemalangan lima kenderaan
Seorang mekanik maut apabila motosikal ditunggangnya terlanggar tayar ganti sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Rembau.
Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.
Kemalangan: Sakit jantung punca pemandu rempuh tembok parkir Hospital Serdang
Pemandu WRV yang nyaris jatuh dari tingkat tiga bangunan parkir pusat jantung, Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang semalam sakit dada ketika memandu.
Serangan bom: Rakyat Malaysia diminta berwaspada ketika bercuti ke Thailand
Rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke Thailand dinasihatkan agar sentiasa berwaspada susulan insiden serangan bom di Narathiwat.
Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.
Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.