KUCHING: Operasi mencari mayat mangsa kanak-kanak Eric Chang Wei, 4 tahun yang dipercayai dibunuh dan dibuang daripada sebuah jeti di Kampung Muara Tebas tertangguh ekoran hujan.
Berdasarkan maklumat di Pusat Operasi Muara Tebas, anggota keselamatan telahpun bersedia memulakan operasi seawal jam 6 pagi.
Bagaimana pun, setakat jam 10 pagi, aset menyelamat belum lagi dapat dikeluarkan atas faktor hujan dan keadaan sungai.
Operasi memasuki hari ketiga, ini melibatkan pasukan penyelamat daripada pasukan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Radius pencarian dikekalkan iaitu dua hingga tiga batu nautika daripada muara sungai kampung berkenaan ke arah laut.
Dimaklumkan operasi pencarian hari ketiga akan mengunakan dron daripada Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Pangkalan Sarawak PDRM.
Terdahulu, Eric dilaporkan hilang pada 7 Mac lalu di Jalan Daya, Bintawa dekat sini yang kali terakhir menggunakan kemeja-T berwarna biru gelap dan berseluar pendek berwarna hitam.
Susulan laporan tersebut, polis menahan empat suspek termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan pasangan penjaga bagi membantu siasatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berdasarkan siasatan terkini, polis Kuching mengklasifikasikan kehilangan Eric sebagai kes bunuh.
“Kedua-dua suspek, yang merupakan pasangan penjaga, ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“Berdasarkan siasatan terkini, polis mengklasifikasikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.
Afiezul Samit
Tue Mar 15 2022

Radius pencarian dikekalkan iaitu dua hingga tiga batu nautika daripada muara sungai kampung berkenaan ke arah laut. - Foto fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei ditangguh
Setakat jam 10 pagi, aset menyelamat belum lagi dapat dikeluarkan atas faktor hujan dan keadaan sungai.

Ibu Eric tangisi kehilangan anak di jeti Muara Tebas
Dynasty Chang Ka Hui yang mengandung tujuh bulan tidak mampu menahan kesedihannya selepas melawat jeti Kampung Muara Tebas, lokasi mayat anak sulungnya itu dipercayai dibuang suspek.

Kes bunuh: Operasi mencari mayat Eric Chang Wei diperluas
Polis kini mengklasifikasikan kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jie, sebagai kes bunuh.