TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit, tahun lepas.
Detektif Sarjan Lasim Jumadi, 52, yang ditugaskan untuk mengambil gambar kenderaan itu pada 16 Jan 2023 berkata kesan darah berkenaan berada di antara pintu belakang dan pintu hadapan sebelah kiri kenderaan.
Bagaimanapun Lasim yang merupakan jurufoto di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau berkata beliau tidak cuba mencari kesan darah di sekitar kawasan kereta dijumpai.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Ram Singh pada hari kelima perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain.
Kepada soalan peguam itu sama ada saksi perasan terdapat beberapa kesan merah berbentuk garisan pada tempat duduk pemandu kereta Myvi, Lasim menjawab, "Memang ada...kesan lebih kurang darah".
Sementara itu, Lasim menerusi pernyataan saksinya berkata pada 12.45 tengah hari, 16 Jan tahun lepas, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat Insp Aslinah Asikin bahawa terdapat satu mayat dijumpai di kebun sawit di Jalan Anjur Juara, Batu 5 Apas, di sini.
"Saya telah memindahkan kesemua imej gambar yang dirakam oleh saya ke dalam komputer peribadi saya. Tiada orang lain yang mempunyai akses pada komputer itu melainkan saya seorang sahaja," katanya.
Mengikut pertuduhan, enam anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang wanita Vivien Fabian, 34, didakwa membunuh Nurman, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam dan 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Enam anggota polis tiba di Mahkamah Tinggi hari ini bagi perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu membabitkan lapan tertuduh. - Foto Bernama
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Kes bunuh pemandu e-hailing: Ada kesan darah pada kereta Myvi - Polis
Mahkamah diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit.