Nasib seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan, yang didakwa membunuh Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isteri pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) itu tahun lepas, akan diketahui hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abd Karim dan Wan Shaharuddin Wan Ladin serta peguam Naizatul Zamrina Karizaman pada Khamis.
Koong turut diwakili peguam Chee Kuat Lin dan Nor Hashimah Abd Rahman.
Dia didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Koong, 45, juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Yusaini Amer berhujah pembelaan tertuduh hanya bersifat 'afterthought' atau yang difikirkan kemudian, namun Naizatul Zamrina, yang menafikannya, berkata keterangan Koong juga bukan 'penafian semata-mata' kerana perkara itu telah ditimbulkan di peringkat pendakwaan.
Wan Shaharuddin pula berhujah keterangan Koong bahawa dua saksi pendakwaan iaitu Chew Siang Chee, 45, (SP17 dan Cheong (isteri Hussain) (SP7), telah mereka-reka cerita terhadap tertuduh adalah tidak benar.
Pada prosiding hari ini, Koong, yang membela diri dari kandang tertuduh, mendakwa keterangan kedua-dua saksi berkenaan adalah tidak benar.
"Saya menafikan meletakkan apa-apa magazin dalam kereta SP17 dan mengambilnya semula. Ini adalah satu rekaan semata-mata dan tidak benar," katanya.
Dia turut menafikan keterangan SP7 bahawa saksi itu ada melihatnya dalam masa beberapa saat selepas mereka ditembak.
"Saya menafikan keterangan SP7 kerana saya tidak pernah menghampiri mangsa dan si mati, dan saya tidak pernah pada bila-bila memegang pistol dan melepaskan beberapa kali tembakan ke arah mereka berdua," katanya.
Koong juga memaklumkan mahkamah bahawa semasa di balai polis, pegawai penyiasat ASP Ananthan Rajoo telah mengarahkan dia menandatangani dan menurunkan cap jari di atas satu dokumen dalam bahasa yang tidak difahaminya.
"Saya juga tidak diterangkan atau diterjemahkan isi kandungan dokumen tersebut mahupun diberitahu bahawa saya boleh menolak permintaan untuk memberikan darah bagi ujian DNA.
"Semasa di hospital, saya dibawa berjumpa seorang doktor bernama Dr Sue dan beliau juga tidak menerangkan kandungan (dokumen itu) sebelum mengambil darah saya," katanya.
Tertuduh juga memaklumkan dia tidak pernah dibawa ke barisan kawad cam malah tiada laporan dikemukakan (berhubung perkara itu), dan pegawai kawad cam yang bertugas juga tidak dipanggil untuk memberi keterangan -- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 04 2014
Koong didakwa membunuh Hussain (gambar), 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013.
Pemerdagangan manusia: PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Serbuan pada pukul 11.45 malam itu dijalankan berdasarkan maklumat risikan berkaitan penyeludupan warga asing dalam Op Taring Delta Kelantan.
Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.
KPDN serbu tiga premis seleweng barang kawalan bersubsidi
KPDN melakukan tiga serbuan berasingan ke atas premis disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan serta ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi pada 15 dan 16 Jan lepas.
Tarikh penyertaan HKM 2024 dilanjutkan hingga 7 Feb
Tarikh akhir penghantaran penyertaan untuk Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-PETRONAS 2024 (HKM 2024) dilanjutkan hingga 7 Feb ini.
Saif Ali Khan dalam keadaan baik selepas pembedahan
Doktor di hospital turut memaklumkan bahawa Saif telah diberikan makanan seperti biasa.
Polis kesan individu terlibat insiden pukul OKU
Polis sedang mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, hari ini.
Kabinet Keselamatan Israel setuju perjanjian gencatan senjata di Gaza
Kabinet keselamatan Israel dalam undian menyokong gencatan senjata yang dipersetujui baru-baru ini dengan Hamas.
AWANI Ringkas: Masyarakat antarabangsa mesti hormati Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar siasat setiap aduan berkait penganiayaan haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menegaskan setiap aduan berkaitan penganiayaan haiwan yang diterima diambil tindakan sewajarnya.
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.