PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 9 Mac tahun depan untuk mendengar rayuan seorang remaja lelaki yang diperintahkan ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, lima tahun lepas.
Peguam Haijan Omar yang mewakili remaja terbabit berkata, rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja yang didakwa dengan pertuduhan sama, akan didengar pada tarikh sama (9 Mac).
"Mahkamah turut menetapkan 23 Feb depan untuk pengurusan kes," kata peguam itu ketika dihubungi, hari ini.
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong selepas didapati bersalah atas pertuduhan membunuh.
Pada masa sama, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang lagi remaja terhadap tuduhan membunuh tanpa dipanggil membela diri.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah mendapati remaja itu, yang berusia 16 tahun ketika kejadian, telah dengan sengaja melakukan khianat tersebut dengan niat membunuh.
Menurut pertuduhan yang dipinda, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicam, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju di sini, antara 4.15 dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.
Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntukkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.
Seramai 71 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala enam saksi pembelaan termasuk remaja itu dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan itu yang bermula pada 30 Mei 2018.
Remaja itu dalam pembelaannya menafikan dia berada di perkarangan tahfiz itu pada bila-bila masa semasa kejadian.
Dalam tragedi itu, 21 pelajar dan dua guru terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022

Remaja yang kini berusia 21 tahun dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, antara pukul 4.15 dan 6.45 pagi pada 14 Sept 2017.- Gambar fail Astro AWANI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Luigi Mangione didakwa bunuh eksekutif Unitedhealth Group
Mangione menghadapi 11 pertuduhan, termasuk pembunuhan darjah pertama dan pembunuhan sebagai jenayah keganasan.

Penganggur didakwa bunuh emak saudara
Tertuduh, Lee Hao Yi, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bunuh bapa kandung, lelaki diperintah bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan seorang lelaki membela diri atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya, lima tahun lepas.

Pengasuh didakwa bunuh Al Fateh dituduh di mahkamah
Suspek yang bekerja di sebuah taska di Taman Kelemak Utama itu tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Alor Gajah kira-kira jam 9.40 pagi.

Lelaki pukul bayi sehingga sebabkan kematian kekal dipenjara 18 tahun
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap seorang bekas penjawat awam yang memukul bayi perempuannya sehingga menyebabkan kematian enam tahun lepas.

Keluarga Nur Farah Kartini puas hati proses siasatan, pendakwaan
Keluarga kepada Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati 15 Julai lepas, berpuas hati terhadap proses siasatan polis dan pendakwaan di mahkamah.

Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri
Seorang lelaki yang memukul dan menikam isterinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh.

Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.

Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Tertuduh, Yap Kok Ming, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.