TAPAH:Isteri dan anak kepada mekanik yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan tanpa syarat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Goh Kok Liang berkata wanita berumur 54 tahun dan anaknya berumur 17 tahun dibebaskan hari ini setelah siasatan yang dilakukan sehingga kini mendapati mereka tiada kaitan dengan kes pembunuhan kejam itu.
"Selepas kami merujuk kertas siasatan kepada Ketua Unit Pendakwaan, kami dinasihatkan untuk membebaskan isteri dan anak kurang upaya suspek utama kerana tiada bukti mencukupi terhadap mereka.
Pihak polis masih memerlukan siasatan lanjut ke atas suspek utama dan anak lelaki sulungnya. Maka kami akan memohon lanjutan tahanan reman mereka," kata beliau.
Sekiranya terdapat bukti baharu kes pembunuhan yang berkaitan dengan wanita itu dan anaknya, polis akan memanggil mereka untuk membantu siasatan, katanya.
Beliau turut berkata keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) keluarga mangsa telah diperoleh pada Isnin lepas dan polis sedang menjalankan siasatan, katanya.
Goh berkata hak penjagaan anak perempuan suspek utama, masing-masing berumur 11 tahun dan 23 tahun yang sebelum ini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat hari, diserahkan kepada ibu mereka hari ini.
BACA: Dua anak suspek kes bunuh Tapah diletakkan di bawah perlindungan JKM
"Oleh kerana ibu telah dibebaskan, anak perempuannya diserahkan semula kepada ibu mereka dan tidak perlu berada di bawah jagaan rumah kebajikan itu lagi," katanya.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Tapah hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek utama berumur 57 tahun dan anaknya berumur 20 tahun dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, di sini.
Perintah itu dikeluarkan Majistret Nurul Nadia Abdul Razak yang bermula hari ini dan berakhir 8 Disember.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada 26 Oktober lepas, polis menahan keempat-empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari, susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.
Bernama
Wed Dec 02 2015
![Kes bunuh Tapah: Isteri, seorang anak kepada suspek utama dibebaskan Kes bunuh Tapah: Isteri, seorang anak kepada suspek utama dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-12/81449048250_KesBunuhBebas.jpg)
Isteri dan salah seorang anak suspek utama kes pembunuhan di bengkel kenderaan telah dibebaskan tanpa syarat oleh Mahkamah Majistret pada Rabu. - Foto Bernama
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739609205_PenganggurPembunuh.jpg)
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari
Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur Khamis lepas.
![Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739593802_norshamira.jpg)
Suspek kes bunuh Norshamira sudah ditahan
Suspek pembunuhan peniaga wanita, Norshamira Zainal, 37, yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada Khamis lalu, telah ditangkap awal pagi Sabtu.
![Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738643876_TBrohingya.jpg)
Majikan tempatan, enam etnik Rohingya dituduh membunuh
Mayat mangsa yang dibunuh ditutup dengan kain cadar lalu dimasukkan ke dalam kolah di dalam bilik air sebelum ditimbus dengan tanah di sebuah rumah.
![Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738579950_garisanpolispolic.jpg)
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
![Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738555120_TBbunuh.jpg)
Dua lelaki dituduh bunuh warga emas, anak angkat
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
![Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737963998_tbmutilasibunuhi.jpg)
Gara-gara cemburu, ibu dua anak dibunuh, disumbat dalam bagasi merah
Antok, yang mengaku sebagai "suami siri" Uswatun, didakwa membunuh dan memutilasi mangsa kerana cemburu dan sakit hati setelah menuduh mangsa membawa lelaki lain ke kediamannya.
![Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737546005_DuarentungTongkan.jpg)
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
![Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737544529_TBKEBAKARANALORSETAR.jpg)
Dua rentung: Kes diklasifikasi semula sebagai bunuh, dipercayai angkara dendam
Polis mengklasifikasikansemula kematian dua lelaki yang rentung akibat kebakaran rumah di Jalan Kota Tanah, Tongkang Yard semalam akibat kejadian bunuh.
![Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736437519_MohdNazriAbdulRaz.jpg)
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
![Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737098022_TBCourtHammer.jpg)
Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh anak tiri
Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh anak lelaki tirinya yang berusia dua tahun pada 2019.