KUALA LUMPUR: Kes-kes COVID-19 harian mungkin akan menunjukkan trend menurun pada pertengahan bulan Ogos apabila kadar vaksinasi di Greater Klang Valley (GKV) meningkat.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata jangkaan itu berdasarkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung pandemik berkenaan, di samping mengambil kira peningkatan program vaksinasi nasional yang merupakan kunci kejayaan negara menentang wabak itu.
"Kadar vaksinasi berjalan dengan sangat baik, tetapi perjalanan kita masih jauh. Apabila kita membuat ramalan dengan dua faktor ini, mungkin ada penurunan pada pertengahan bulan Ogos, tetapi keadaan mungkin akan menjadi bertambah buruk sebelum pertengahan bulan Ogos.
"Namun, bukti terbaru mengenai tahap penularan varian Delta masih boleh melambatkan trend menurun, tetapi apabila lebih banyak orang divaksin, kita harap kadar kemasukan ke hospital dan kadar kematian akan berkurangan.
"Kita hanya perlu bertahan, melakukan apa yang termampu bagi membantu keluarga kita serta satu sama lain, selain membantu barisan hadapan, dan cara terbaik adalah kita dapatkan vaksin, di samping terus mematuhi langkah-langkah kesihatan awam dan prosedur operasi standard (SOP)," katanya kepada Bernama dalam temu ramah maya.
Vaksinasi COVID-19 harian mencatatkan lebih 500,000 dos sejak beberapa hari lepas, dengan 556,404 dos diberikan pada 29 Julai, jumlah tertinggi sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Feb lepas.
Dr Chong yang juga Komander Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV STF) menyifatkan keadaan pandemik ketika ini sangat membimbangkan kerana ia mempengaruhi sistem penjagaan kesihatan, terutama di Greater Klang Valley, yang dianggar meliputi sehingga 70 peratus kes COVID-19 dalam negara.
Beliau berkata GKV STF telah menggerakkan beberapa langkah strategik bagi mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan, mengurangkan penularan virus, dan menyokong komuniti serta pekerja penjagaan kesihatan, sejak ditubuhkan pada 12 Julai lepas.
Beberapa langkah utama termasuk meningkatkan jumlah katil pesakit, penjagaan Unit Rawatan Rapi, bekalan oksigen, pergerakan tenaga kerja, di samping mendapatkan sokongan penuh daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Hospital Tentera Tuanku Mizan menyediakan lebih 150 katil bagi tujuan ini, juga hospital medan, di samping petugas tentera, bagi membantu kita melawan pandemik. Tenaga kerja adalah penting, kita perlukan ramai tenaga kerja, sektor kesihatan mahupun bukan kesihatan, dan kita harap rakyat Malaysia akan tampil membantu.
"GKV STF memiliki anggota dari pelbagai aspek, termasuk kita ada penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, dan lain-lain pakar kesihatan awam luar. Kita juga bekerjasama rapat dengan masyarakat awam serta pertubuhan swasta yang membantu dengan pelbagai sumbangan bantuan serta sukarelawan selaras dengan peningkatan jumlah katil pesakit dan perkhidmatan pusat panggilan.
"Contohnya Internet Telco membangunkan Pusat panggilan Voice over Internet Protocol (VOIP) bagi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) maya, secara pro bono. Ini sememangnya pendekatan menyeluruh negara bagi menangani pandemik," tambahnya.
Dr Chong berkata lain-lain inisiatif adalah seperti mengukuhkan CAC dengan menawarkan nasihat penilaian pengurusan pemantauan di rumah secara maya bagi pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan, yang akan mengurangkan kesesakan dan risiko di CAC.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga menawarkan lebih banyak ujian RTK-Ag kepada klinik-klinik kesihatan dan pengamal perubatan umum menerusi penjualan kit ujian yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Peralatan Perubatan, bagi membolehkan ujian dapat dijalankan dengan meluas, manakala kit ujian air liur untuk ujian kendiri yang juga boleh diperoleh di farmasi untuk dibeli orang ramai.
Katanya beliau berharap dengan lebih banyak kit ujian kendiri berada dalam pasaran, harganya akan menjadi mampu dibeli oleh orang ramai, sekali gus mengurangkan jumlah mereka yang berada di pusat perkhidmatan ujian COVID-19.
"Namun bagi mereka yang tidak mampu, kita nasihatkan mereka supaya datang ke pusat perkhidmatan kami untuk jalani ujian," katanya.
Dr Chong berkata KKM menyediakan bimbingan dan nasihat kepada kerajaan serta Majlis Keselamatan Negara dengan kerap, berasaskan kepda sains, bukti dan amalan di negara lain, berhubung pengurusan COVID-19.
"Keputusan yang dibuat sebenarnya amat sukar dan rumit kerana ia melibatkan dua aspek - penyakit, dan pada masa yang sama kehidupan rakyat. Sekiranya kita bertegas dalam satu aspek, kehidupan akan terjejas dan jika kita bertegas dalam satu aspek lain, angka jangkitan akan terus melonjak.
"Jadi untuk membuat pertimbangan dalam perkara ini memang amat mencabar, dan inilah apa yang kerajaan usahakan dalam membuat keputusan," tambahnya.
Bernama
Sat Jul 31 2021

Dr Chong menyifatkan keadaan pandemik ketika ini sangat membimbangkan kerana ia mempengaruhi sistem penjagaan kesihatan, terutama di GKV. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Rasuah | Aidilfitri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasatan polis | Penyelenggaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Hawker Economy (Part 2) — Small Traders, Big Impact
Hawkers have long been an essential part of Malaysia’s street food culture and informal economy. But they’re facing mounting challenges—from rising costs, to a lack of successors. A new discussion paper by Khazanah Research Institute examines the historical evolution of these small-scale traders, and the policy gaps that leave them vulnerable. How can Malaysia better support its hawker economy? What can we learn from Singapore’s policy efforts and government support that led to hawker culture being officially recognised on UNESCO’s Intangible Cultural Heritage list? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Lily Kong, President of Singapore Management University and author of ‘Singapore Hawker Centres: People, Places, Food’.
#AWANI Tonight 3 March 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
2. MOH highlights growing nursing shortage as resignations rise
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
2. MOH highlights growing nursing shortage as resignations rise
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Hawker Economy (Part 1) — Small Traders, Big Impact
Hawkers have long been an essential part of Malaysia’s street food culture and informal economy. But they’re facing mounting challenges—from rising costs, to a lack of successors. A new discussion paper by Khazanah Research Institute examines the historical evolution of these small-scale traders, and the policy gaps that leave them vulnerable. How can Malaysia better support its hawker economy? Should the government take a more active role in preserving and formalising this industry? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Mohd Amirul Rafiq Abu Rahim, Senior Research Associate at Khazanah Research Institute and lead author of ‘Hawkers and Hawking Space in Malaysia: A Case Study’.
AWANI Tonight: MACC: Ismail Sabri named suspect in graft probe
Former Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri has been named a suspect in an ongoing corruption probe involving government funds and will be called in for questioning on Wednesday, March 5th.
AWANI Tonight: 'Anora' leads with five wins, including Best Picture
The independent film "Anora" won Best Picture and five Oscars at the 97th Academy Awards, with Sean Baker making history by winning four awards for directing, editing, writing, and producing the film.
Dulu kejayaan Rumah IDAMAN diragui, kini terbukti berhasil, jadi rebutan – GCEO MBI Selangor
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata penyelesaian perumahan mampu milik Selangor bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rumah IDAMAN, merupakan antara projek berimpak tinggi MBI Selangor. Jelasnya, daripada keseluruhan 32 projek dan 65,332 unit yang dirancang, dua projek dengan 3,371 unit rumah telah siap dan diserahkan kepada pembeli. #AgendaAWANI
MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata MBI Selangor menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28. Jelasnya, pelan tiga fasa itu akan memposisikan MBI Selangor sebagai sebuah syarikat pemegang pelaburan. #AgendaAWANI
Campur tangan dunia dalam perang Gaza, antara bermotif kemanusiaan dan politik - Penganalisis
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata campur tangan dunia mustahak demi membela nasib rakyat Palestin yang terus dibedil Israel ketika menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berpendapatan campur tangan yang ditunjukkan oleh sekutu Amerika Syarikat di Asia Barat hanya bersifat politik dan berkepentingan peribadi.

800 hingga 1,000 kematian dalam seminggu, 80 peratus kes BID tidak tahu dijangkiti COVID-19 - Dr Chong
Dianggarkan 80 peratus kes kematian sebelum tiba di hospital atau Brought In Death (BID) akibat COVID-19 tidak pernah mengetahui mereka dijangkiti virus itu.

Kes COVID-19 di GKV mungkin mulai turun pertengahan Ogos - Timbalan KP Kesihatan
Jangkaan itu berdasarkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung pandemik berkenaan.