KUALA LUMPUR:Sikap kurang prihatin sesetengah pemimpin politik yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani pandemik COVID-19 mengecewakan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya yang bertajuk 'Perlukah Semua Ke Sana, Sehingga Bahaya Kita Di Sini?', Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menulis tentang sikap ahli politik yang berbondong-bondong ke Sabah ketika pilihan raya negeri tersebut baru-baru ini.
Soal beliau, ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.
"Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka?
"Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?!" katanya.
Beliau juga hairan dengan sikap sesetengah ahli politik yang dikenali jarang turun ke kawasan sendiri tetapi sibuk berkempen di Sabah.
"Lebih ganjil lagi, ada orang politik yang di Semenanjung pun tidak begitu berfungsi dan berpengaruh, cuba membina pengaruh di Sabah?
"Ada yang dalam negeri sendiri atau kawasan sendiri selalu menghilangkan diri, tiba-tiba muncul dan sibuk di Sabah. Jikalau itu masalah peribadi mereka dan parti mereka sahaja tidaklah mengapa.
"Namun, ia telah menjadi masalah rakyat dan masalah kita semua pekerja yang bekerja untuk negara. Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang," katanya lagi.
Dr Maza juga berkata jika hanya sebahagian sahaja yang mematuhi SOP, maka COVID-19 akan terus merebak.
Katanya, sekiranya ada yang tidak mematuhi SOP, yang bakal menjadi mangsa adalah mereka yang patut dan menjaga segala peraturan yang ada.
"Namun, jika hanya setengah yang patuh dan setengah lagi tidak, maka sebab musabab COVID 19 merebak akan terus berlaku ke semua peringkat dan kena kepada semua.
"Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi SAW dan dipersetujui oleh sekelian manusia tanpa mengira agama.
"Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekalian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada," tulis beliau.
Beliau juga dengan tegas menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.
Malah beliau secara sinis menegur sikap pemimpin politik tanpa mengira parti yang tidak mematuhi SOP tetapi dalam masa yang sama berbicara tentang kepentingan rakyat.
"Pimpinan kerajaan yang menetap SOP, mereka amatlah wajar mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.
"Demikian juga segala orang politik tanpa mengira parti yang selalu berbicara tentang kononnya 'kepentingan rakyat'.
"Begitu ramai mereka yang ke sana berkempen dan pulang tanpa mematuhi SOP," katanya.
Kes COVID-19 meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dengan kes baharu pada 5 Oktober sebanyak 432 kes merupakan yang tertinggi setakat ini.
Beberapa ahli politik termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad turut disahkan positif selepas pulang dari Sabah.
Astro Awani
Tue Oct 06 2020

Dr Mohd Asri juga hairan dengan sikap sesetengah ahli politik yang dikenali jarang turun ke kawasan sendiri tetapi sibuk berkempen di Sabah. - Gambar fal
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan
Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.

12 orang sahaja tunai solat Jumaat di Perlis
Masjid di Perlis mengadakan solat Jumaat yang pertama selepas lebih dua bulan tidak dibenarkan berbuat demikian.

Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan
Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.

"Jangan bahayakan orang lain, buatlah pemeriksaan," rayu Dr Maza kepada jemaah tabligh
Dr Asri berkata, beliau dimaklumkan terdapat kalangan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Sri Petaling masih belum melakukan pemeriksaan.

Senarai Kabinet Muhyiddin melalui tapisan SPRM, PDRM - Mufti Perlis
Barisan menteri Kabinet yang akan dilantik oleh Tan Sri Muyiddin Yassin merupakan mereka yang telah melepasi tapisan SPRM dan PDRM.

Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.

Awalnya diupah untuk simbah asid ke muka Mufti Perlis tetapi...
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, siasatan polis kini hanya terarah kepada pihak ketiga yang mengupah Mee Tomoi.

'Kita tidak boleh nafi tentang kemalasan itu' - Dr MAZA
Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar sikap segelintir orang Melayu yang membuatkan mereka sukar untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Bulan Ramadan untuk persiap mental dan rohani - Mufti Perlis
Ramadan bukan merupakan bulan di mana umat Islam perlu memfokus hanya kepada mempersiapkan diri dari aspek fizikal semata-mata.

Elak perkara mudarat, merosakkan termasuk Pokemon GO - Dr MAZA
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan apa sahaja perbuatan yang merosakkan manusia dan mengancam keselamatan diri sendiri atau orang lain adalah dilarang di dalam Islam.