PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 21 Sept untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anak lelakinya Datuk Nazifuddin untuk mendapatkan perintah menggantung pelaksanaan penghakiman terus yang diperoleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kes cukai tertunggak berjumlah lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan.
Peguam Wee Yeong Kang, ketika dihubungi mengesahkan bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam prosiding pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Suhaila Haron.
Wee, yang mewakili Najib dan Nazifuddin, hadir pada prosiding itu manakala LHDN diwakili peguam hasil Ainur Mardhiah Ramli.
Pada 10 Mei lepas, Najib dan Nazifuddin diberi kebenaran untuk meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN memasukkan penghakiman terus itu bagi mendapatkan semula lebih RM1.7 bilion cukai tertunggak daripada mereka.
Panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan dan Datuk Mary Lim Thiam Suan memberi kebenaran kepada Najib serta Nazifuddin untuk merayu berkaitan sembilan persoalan undang-undang untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada 2020, dua Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus bagi mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Nazifuddin, bagi tempoh antara 2011 dan 2017.
Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lepas bagi mengetepikan penghakiman terus itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Najib dan Nazifuddin gagal dalam rayuan mereka di Mahkamah Rayuan pada September tahun lepas bagi mengetepikan penghakiman terus itu. - Gambar fail
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
Penduduk Kampung Sapagaya derita banjir besar setiap tahun
Bagi penduduk Amat Paduka Kawoh salah seorang penduduk Kampung Sapagaya, di Lahad Datu banjir besar yang melanda setiap tahun ibarat bagai penderitaan yang berpanjangan.
Proses pembersihan pasca banjir ambil masa dua hingga tiga hari
Bagi penduduk di Kampung Surih, Segedup yang telah dibernarkan pulang ke kediaman masing-masing, Proses pembersihan pasca banjir tetap mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Rumah terbuka PDP di Bintulu dibatalkan, fokus bantu mangsa
Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
JPBNS akan pertimbang kes mangsa banjir enggan pindah ke PPS
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mempertimbangkan kes mangsa banjir yang memilih untuk tinggal bersama saudara berbanding berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menentukan mereka layak menerima bantuan RM1,000.
Kes cukai tertunggak: Permohonan Najib, Nazifuddin untuk gantung pelaksanaan penghakiman terus didengar 21 Sept
Peguam Wee Yeong Kang mengesahkan bahawa tarikh pendengaran itu ditetapkan dalam prosiding pengurusan kes hari ini.