TAWAU: Seorang mekanik lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis syabu seberat 199,950.1 gram tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Lim Hock Leng menjatuhkan hukuman itu terhadap Tai Chee Khiong, 51, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya Lim berkata walaupun kesalahan pertama tertuduh, kes itu merupakan tangkapan melibatkan jumlah dadah terbesar di Sabah.
Beliau berkata jumlah dadah dalam kes itu melebihi jumlah terkumpul dalam kesemua lima kes dadah yang dibicarakan di mahkamah berkenaan sepanjang tiga tahun lepas.
"Tertuduh tidak menunjukkan sebarang penyesalan dan tidak memberi respons begitu juga peguam bela, meskipun diberi peluang oleh mahkamah untuk menyatakan sesuatu sebelum dijatuhi hukuman," katanya.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain dalam hujahnya memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman mati dikenakan mengambil kira jumlah dadah terlibat dan kepentingan awam.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengedar dadah itu di Kampung Batu Payung di sini pada 7.30 pagi 6 Sept 2021.
Tai dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati perlu dihukum dengan sebatan tidak kurang 15 sebatan.
Dia telah didakwa pada 13 Okt 2021 dan seramai lima saksi pendakwaan dan hanya tertuduh dipanggil sebagai saksi pembelaan telah memberikan keterangan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Hurman dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.
Keputusan hukuman mati di Mahkamah Tinggi Tawau ini merupakan kali pertama selepas Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 dikuatkuasakan pada 4 Julai tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Tai Chee Khiong dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar/ Bernama
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Kes dadah terbesar di Sabah: Mekanik dijatuhi hukuman mati
Seorang mekanik lelaki dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis syabu seberat 199,950.1 gram tiga tahun lepas.