Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abu Samah Mat berkata, arahan pendakwaan telah dikeluarkan oleh pejabat pendakwa raya.
“Pemilik taska berkenaan akan dituduh dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 manakala dua pekerja lagi berhadapan dengan satu pertuduhan iaitu bersubahat.
“Tindakan juga akan diambil terhadap taska tersebut mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 kerana beroperasi tanpa lesen. Tindakan ini termasuklah penutupan premis,” katanya selepas Majlis Himpunan Bulanan di IPK Selangor, Shah Alam di sini hari ini.
BACA: Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi
BACA: Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen
Minggu lalu, sekeping gambar kanak- kanak yang diikat kaki, tangan dan mulut di sebuah taska di Bangi menjadi tular di media sosial.
Hasil pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.
Jelasnya lagi, pihaknya juga telah mendapat keputusan arahan daripada pendakwa raya terhadap tuan punya pemilik taska berkenaan.
“Individu itu akan dihadapkan ke mahkamah dengan tiga pertuduhan di bawah Akta Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak kanak tahun 2001 manakala dua lagi wanita suspek sebagai pengasuh di taska berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah atas satu tuduhan setiap mereka kerana kesalahan bersubahat,” katanya.
Astro Awani
Fri Jan 27 2017
Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang. - Gambar Astro AWANI
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
AWANI 7:45 [12/2/2025] – Sukar batalkan anak syarikat| Kenapa lantikan?| Enggan serah Gaza| Rasuah dan pengubahan wang haram
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
1. Larangan tubuh syarikat, ribuan syarikat agensi kerajaan rugi besar
2. Lantik tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan, tidak rugikan kerajaan
3. Biar kami mati, Gaza tetap bersama kami
4. Kenapa Ops Sky? Sebabnya terlalu mudah melangit dapatkan kelulusan, laporan eksklusif bersama Tan Sri Azam Baki
AWANI Ringkas: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes dera: Pemilik dan pengasuh taska akan didakwa
Pemilik taska yang ditahan berhubung kes tiga kanak- kanak diikat dan dipercayai didera akan didakwa di Mahkamah Majistret Kajang dalam masa terdekat.
Kes kanak-kanak diikat: Taska beroperasi tanpa lesen
Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Bangi yang disyaki terbabit dalam kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera didapati beroperasi tanpa lesen.
Gambar bayi diikat: Empat wanita disambung reman dua hari lagi
Perintah reman terhadap empat wanita yang ditahan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, disambung dua hari lagi sehingga Selasa ini.
Dera bayi: Pemilik taska, dua bekas pekerja bebas dengan jaminan polis
Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Supt S.Vijaya Rao berkata ketiga-tiga wanita itu akan dibebaskan kira-kira 4 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.