PORT DICKSON: Dua beradik lelaki berkaitan kes 'derhaka ibu' didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 29 dan 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani selepas kertas pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu mereka berusia 58 tahun.
Kesalahan itu dilakukan pada 28 September 2023, jam lebih kurang 9.28 malam di sebuah rumah di Taman Pertama di sini.
Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibawa bersama Seksyen 326A kanun sama dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, boleh dipenjarakan sehingga setahun atau dengan denda boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya manakala di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan, boleh dipenjarakan suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum.
Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Tertuduh pertama yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik merayu jaminan yang minimum kerana tidak bekerja manakala yang kedua memaklumkan masih bersekolah.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes 16 November ini.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan polis telah membuka satu kertas siasatan berkaitan video tular bertajuk 'Derhaka Ibu' yang dimuat naik oleh aktivis masyarakat, Yusuf Azmi pada Selasa.
Video itu berkaitan seorang lelaki yang didakwa melakukan kekerasan terhadap wanita warga emas yang merupakan ibunya.
Bagaimanapun lelaki yang popular di aplikasi TikTok berkenaan tidak didakwa melainkan dua adik beradiknya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 16 2023
Dua beradik didakwa mencederakan ibu mereka. - Foto Sinar Harian
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
AS, Indonesia sepakat utamakan pertumbuhan ekonomi negara
Amerika syarikat dan Indonesia sepakat memperkukuh komitmen bersama bagi mengutamakan pertumbuhan ekonomi negara dan perdagangan serta pelaburan dalam bidang berkepentingan kepada kedua-dua negara.
Hampir 1 juta pelancong kunjungi Myanmar Jan-Nov 2024
Ketibaan pelancong asing tahun ini menurun berbanding lebih 1.1 juta pelancong asing yang melawat negara ini dalam tempoh yang sama tahun lepas.
650 ribu kanak-kanak di Indonesia terima manfaat setakat ini
Program makanan percuma Indonesia telah memanfaatkan 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah. Memetik laporan Xinhua, Presiden Prabowo Subianto berkata, program ini menyasarkan tiga juta kanak-kanak dalam tempoh Januari hingga April depan.
Pencemaran udara: Thailand perkenal kaedah semburan ais ke udara
Thailand memperkenalkan kaedah baharu dengan menggunakan semburan kabus ais merentasi ruang udara Bangkok sebagai usaha menangani pencemaran udara melampau.
Ibu, anak ditemukan mati dalam kereta
Wanita berusia 42 tahun itu ditemukan dalam kereta miliknya bersama anak perempuan berusia 14 tahun dengan keadaan enjin masih hidup oleh orang awam pada 9.30 malam.
Indonesia gesa graduan sedia depani cabaran kecanggihan teknologi
Indonesia menggesa graduannya bersedia menghadapi lonjakan permintaan terhadap pekerja berkemahiran digital bagi mendepani perubahan landskap pekerjaan global disebabkan kemajuan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Kes derhaka ibu: Dua beradik didakwa cedera ibu kandung
Dua beradik lelaki berkaitan kes 'derhaka ibu didakwa datas pertuduhan mencederakan ibu kandungnya bulan lalu.
Video 'Derhaka Ibu': Tiga beradik ditahan disyaki cederakan ibu
Tiga beradik lelaki ditahan semalam selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial.