Polis meminta orang awam yang terjumpa atau terserempak dengan seorang wanita yang dilaporkan hilang, Hamisah Shahudin, 57, supaya segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan perkara tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd Haq ketika dihubungi Astro AWANI berkata wanita tersebut masih gagal dikesan sehingga kini.
Menurutnya, Hamisah dilaporkan hilang pada 12 November lepas dan usaha mencarinya masih menemui jalan buntu kerana tiada sebarang petunjuk ditemui.
Jelas Ahmad Termizi, beliau tidak menolak kemungkinan wanita itu berada di rumah saudara atau kenalannya yang mungkin tidak tahu mengenai perihal aduan kehilangannya.
"Bagaimanapun, kita tidak rasa wanita itu terjun ke dalam sungai kerana tiada saksi nampak walaupun rumahnya berdekatan dengan sungai.
"Ada juga maklumat yang mengatakan ternampak seorang wanita berjalan di Kampung Semat namun kita tidak pasti sama ada ia adalah wanita tersebut.
"Kita minta sekiranya ada ternampak wanita seperti yang digambarkan, segeralah laporkan kepada anggota polis atau penduduk kampung," katanya lagi.
Tambahnya meskipun tiada petunjuk baru, operasi mencari wanita tersebut masih diteruskan dan turut dibantu penduduk kampung dan beberapa agensi lain.
"Jika ada sebarang maklumat berkaitan wanita tersebut, orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Anwar Che Amat di talian 012-5950175 atau hubungi IPD Kuala Kangsar di talian 05-7762222," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Termizi memaklumkan kes seorang wanita terjun ke dalam Sungai Perak pada awal bulan lalu masih disiasat pihaknya.
Menurutnya, meskipun operasi pencarian telah dihentikan namun siasatan terhadap kes tersebut masih berjalan sehingga kini.
"Setakat ini kita belum menerima sebarang petunjuk berkenaan wanita terjun ke dalam Sungai Perak itu. Jika kita ada maklumat, kita akan terus lakukan siasatan lanjut.
"Selagi tidak jumpa, fail kes orang hilang sebegini tidak akan ditutup. Bila sudah jumpa atau mereka pulang ke rumah, barulah kes boleh ditutup.
"Orang ramai yang ada maklumat berhubung wanita terjun ke dalam Sungai Perak itu bolehlah menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.
Nazialita Geynna Maharan
Mon Nov 16 2015
Hamisah (gambar) dilaporkan hilang pada 12 November lepas dan usaha mencarinya masih menemui jalan buntu kerana tiada sebarang petunjuk ditemui. - Gambar PDRM
Ratusan terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak selepas ratusan penumpang terkandas di Pos Keselamatan Sempadan Entikong, Kalimantan Barat.
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Dwi Nardi, Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Utamakan keselamatan, sambut Tahun Baharu Cina bersederhana
Biarpun terpaksa berlindung di PPS setelah kediaman diancam bencana tanah runtuh, ia tidak mematahkan semangat sebuah keluarga kecil di Kampung Lereng Bukit, Miri untuk menyambut tahun baharu cina secara ala kadar.
RM1,000 bantuan awal akan disalurkan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusuf berkata RM1,000 akan disalurkan kepada mangsa banjir mengikut SOP sedia ada, dan bantuan tambahan akan ditentukan selepas berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Anggota bomba luar kawasan dikerahkan bantu Bintulu - Tiong
Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataan berkata mereka dijangka tiba esok.
Hamas bebaskan askar wanita Israel di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
ASEAN 2025 | 30 Jan
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lebih 70 etnik Rohingya tiba di Aceh pada Rabu
: Lebih 70 etnik Rohingya dilaporkan tiba di Aceh, Indonesia menerusi sebuah bot kayu pada petang Rabu.
44,000 banduan dijangka dapat pengampunan Presiden Indonesia
44,000 banduan yang disabitkan dengan jenayah tidak melibatkan kekerasan dijangka mendapat pengampunan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Abang maut terkena serpihan pinggan dilontar adik selepas bertengkar
Mangsa, K. Gopal, 42 maut di tempat kejadian ekoran kecederaan di tengkuk dan kening kiri.
Kes dua wanita hilang, polis minta bantuan orang awam
Polis meminta orang awam yang terjumpa atau terserempak dengan seorang wanita yang dilaporkan hilang, Hamisah Shahudin, 57, supaya segera menghubungi pihak berkuasa.